free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, March 24, 2011

Adakah Kontinjen SMKDSE Akan Kekal Sebagai Juara MSSD Batu Pahat?

Esok merupakan hari penentuan, dan merupakan perhitungan terakhir buat para atlet SMKDSE. Para jurulatih masih memiliki strategi terbaik untuk menjinakkan lawan. Manakala para atlet turut optimis dalam setiap langkah yang diambil bagi mengejar impian kecemerlangan.

"One School One Dream"

Laporan Pencapaian Kontinjen SMKDSE Hari Ketiga

15 Emas 12 Perak 9 Gangsa
Mata Terkumpul = 236

Monday, March 21, 2011

Masuk Arena Dengan Langkah Kanan

Pada 22 Mac 2011 (Selasa) jam 7.30 pagi, acara pembuka tirai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat atlet P18 Pua Ling En akan berjuang untuk memiliki pingat emas sulung buat dirinya serta kontinjen SMKDSE dalam acara Jalan Kaki 5000 meter.

Taklimat kontinjen yang dijalankan pada 21 Mac 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi berharap para atlet dapat berusaha mencapai sasaran 30 pingat emas. Pada pertemuan tersebut juga beliau berkesempatan menyampaikan jersy dan running vest kepada para atlet.

Semoga para atlet membulatkan tekad serta berusaha gigih mencapai impian kegemilangan.

"One School One Dream"

Sunday, March 13, 2011

Latihan Atlet Balapan & Padang Masa Cuti Bulan Mac 2011

Tarikh : 14 hingga 19 Mac 2011
Masa : 7.30 hingga 11.00 pagi
Tempat : Padang SMKDSE
Kehadiran : Semua jurulatih dan atlet SMKDSE

Thursday, March 10, 2011

Mesyuarat Pengurus Pasukan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat

Tarikh : 10 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 2.30 ptg
Tempat : SMK Senggarang, Batu Pahat
Agenda : Pengesahan Penyertaan Atlet (SM/MSSC-SK)
Menghantar Borang M01 Atlet

Monday, March 7, 2011

Keputusan Kejohanan Akuatik MSSNJ 2011

Tarikh : 24-27 Feb. 2011
Tempat : Johor Bahru
Peserta : Neo Hseng Zjue (kategori P15)
Memenangi 3 pingat emas dan 6 pingat gangsa

Tahniah diucapakan kepada atlet akuatik SMKDSE.