free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, March 6, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 6 Mac 2008
Hari : Khamis
Tempat : Stadium Jln. Ampuan, Batu Pahat



Keceriaan para jurulatih dan atlet


Kontinjen SMKJKA bersama hadiah kemenangan



"SMKJKA GEMILANG"


Sekali lagi detik kejayaan diabadikan pada petang ini,
acara 4x400m Lelaki 18 tahun menjadi
tirai penutup kuartet SMKJKA merangkul pingat emas ke-28,
yang melengkapkan status penyandang "JOHAN KESELURUHAN",
Kejohanan Olahraga MSSMDBP buat tujuh tahun berturut-turut.


Syabas dan Tahniah kepada
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir,
GPK Kokurikulum, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa
dan semua atlet yang telah memberi sokongan serta
kerjasama padu bagi menjadikan kejayaan ini satu realiti.


TERIMA KASIH SEMUA.

Wednesday, March 5, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 5 Mac 2008
Hari : Rabu (hari ketiga)

Sehingga pukul 6.30 ptg. ini, SMKJKA telah berjaya merangkul
11 pingat emas (menduduki tempat pertama)
Namun jumlah pingat dijangkakan terus bertambah
menjelang acara pertama awal pagi hari terakhir esok.

Untuk makluman, johan keseluruhan ditentukan berdasarkan
pungutan pingat emas bukan berdasarkan pungutan markah.

Sunday, March 2, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali Ke-41 Tahun 2008

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin -Khamis
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Kontinjen SMKJKA
Sasaran : 30 pingat emas
Misi : Mempertahan gelaran Johan Keseluruhan
Kejohanan Olahraga MSSMDBP

Ketua Kontinjen : Tn. Hj. Mohd Ta'at Kasran, GPK Kokurikulum SMKJKA
Pengurus : En. Ramli Ibrahim, S.U. Sukan
Ketua Jurulatih : Cik Na Pey Chee
Penyertaan : 71 orang atlet dan 10 orang pegawai