free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, December 14, 2007

Yang Berjasa Dihargai

Tarikh : 16 Dis. 2007
Tempat : Melaka
Bil. peserta : 40 orang

Sebagai menghargai bakti para atlit yang mengharumkan nama SMKJKA,
Unit Sukan dan pentadbir telah bersetuju membiayai lawatan sambil
belajar ke negeri Melaka. Banyak tempat bersejarah dan lokasi
pelancongan yang akan memberi keseronokan peserta.
Selamat Bercuti dan bergembira.....

Thursday, November 22, 2007

Pencalonan Anugerah Kokurikulum Peringkat Daerah Batu Pahat 2007

Unit Kokurikulum SMKJKA telah menghantar calon bagi
tiga kategori bagi merebut anugerah ini, iaitu :

1. Murid Cemerlang Kokurikulum - kategori sukan
2. Pasukan Cemerlang Kokurikulum - kategori sukan
3. Guru Cemerlang Kokurikulum

Semoga SMKJKA mendapat kejayaan dan terpilih sebagai
penerima anugerah tersebut.

Dicalonkan Bilik Operasi Sukan Daerah Batu Pahat 2007

Tahniah dan syabas kepada pihak pentadbir dan wargakerja Unit Sukan
kerana bilik sukan SMKJKA telah dicalonkan oleh PPD pada tahun ini.
Semoga SMKJKA boleh mencapai kejayaan.

Karnival Olahraga Outreach MSSMNJ 2007

Tarikh : 13 - 16 Nov. 2007
Tempat : SMK Tun Hussein Onn, Kluang

Atlet SMKJKA telah mendapat tempat yang memuaskan;

1. Low Zhe Minn - Johan 200m, Naib Johan 100m dan 800m
2. Pua Ling Zheng - Naib Johan 1500m

Tahniah kepada para atlet.

Tuesday, November 13, 2007

SMKJKA Naib Johan Bola Tampar MSSMNJDBP 2007

Tarikh : 13 Nov. 2007
Tempat : SMK Dato Seth, Yong Peng


Pasukan perempuan bwh. 16 th. telah menyandang Naib Johan MSSMNJ
Daerah Batu Pahat. Syabas buat jurulatih yang telah
komited untuk melahirkan pasukan baru bagi SMKJKA.
Tahniah buat en. Ng Kang Hock, cik Zalifah Hj. Sidek dan cik Norlida Nik Hasan.

Semoga tahun hadapan memperoleh Johan pula.....
Teruskan usaha anda!!!!!!!!

Larian Link Kedua Johor-Singapura 2007

Tarikh : 11 Nov. 2007 (Ahad)
Temapat : Gelang Patah, Johor

SMKJKA telah menghantar satu pasukan dengan diiringi oleh
cik Zalifah Hj. Sidek dan cik Norlida Nik Hasan.
Pasukan SMKJKA telah menunjukkan saingan
dan kedudukan yang membanggakan;

Woon Ee Ning - tempat ke-7
Low Sze Min - tempat ke-8
Pua Ling Zheng - temapat ke-14

Sunday, November 11, 2007

Pertandingan Skuasy MSSM Negeri Johor 2007

Tarikh : 5 hingg 7 November 2007
Tempat : Johor Bahru

Pasukan SMKJKA yang terdiri 12 orang peserta telah mewakili
daerah Batu Pahat di bawah pimpinan en. Mod Halid b. Abu Yamin.

Keputusan amat membanggakan di mana pasukan wanita
telah menyandang Johan dan pasukan lelaki mendapat tempat keempat.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada en. Mod Halid dan para peserta.

Thursday, November 8, 2007

Kejayaan Pasukan Badminton 2007


Pemain yang mengharum kan nama SMKJKA, mengondol
Juara Keseluruhan Pertandingan MSSMNJ Daerah Batu Pahat 2007.

Syabas dan tahniah......

Pasukan Kriket SMKJKA

Pasukan Kriket Pertama daerah Batu Pahat 2004

Pasukan kriket telah mula bertapak di SMKJKA pada 2004,
di mana telah muncul Naib Johan MSSM daerah dan 6 orang
telah terpilih mewakili BP. Ia merupakan detik penting
kerana pada tahun yang sama buat pertama kali
daerah BP menghantar pasukan kriket bwh.
18 th. menyertai Pertandingan Kriket
MSSM Negeri Johor yang diadakan
di daerah Pontian, dan
berlanjutan sehingga kini.
Pencapaian terbaik adalah
pada 2007, dimana pemergian
ke daerah Segamat berjaya merebut
kedudukan keempat keseluruhan.

Tuesday, November 6, 2007

Guru-guru dan Pelajar SMKJKA

HAPPY HOLIDAY.........
Selamat Bercuti.
Kepada pelajar tingkatan 5,
"selamat menghadapi peperiksaan SPM 2007".
ALL THE BEST and GOOD LUCK

Saturday, November 3, 2007

Clinic Rugby 2007


Whose THAT...????????
Do you know any of them in the foto?
WOW..........? How STRONG They are????????

BERKIBAR BENDERA : Begitulah Bersemangat Atlet SMKJKA di Stadium Jalan Ampuan

Hidupp... SMK Jalan Kolam Air..........
Atlet tetap bersemangat dan sabar menanti keputusan
Kejohanan Olahraga MSSMNJ Daerah Batu Pahat 2007

Friday, November 2, 2007

Piala-piala Iringan Olahraga Yang Dimenangi Kontinjen SMKJKA


Hadiah-hadiah yang dimenangi pada
Kejohanan Olahraga MSSMNJ Daerah Batu Pahat 2007.
Lumayan..... Tapi masih TAK CUKUP?????...........

Thursday, November 1, 2007

Wednesday, October 31, 2007

Demi Kejohanan Olahraga; Segala halangan harus diatasi...


Tengoklah tu.... Pegawai Teknikal, cikgu Mod bertungkus-lumus
membuat parit kecil supaya lopak air cepat kering.

Gali parit cermat-cermat, supaya senang atlet berlari;
Buat kerja semua nak cepat, kerja penat semua lari.

Tuesday, October 30, 2007

Close Friends

We won.... we won ..... This is our medals.

Monday, October 29, 2007

Aksi Jurulatih


Bukan sikit punya .....???
Cemas + Pening + Risau + Panas

Para jurulatih pastinya akan berkumpul dan berbincang,
bagi menentukan strategi pungutan markah dan pingat
sentiasa mendahului pasukan lain.

Sunday, October 28, 2007

Merentas Desa MSSMNJ Daerah Batu Pahat 2007


Sedia ......, "BANG!"
Wow.... Peserta sibaju biru tuu, dah sedia.
Kenapa peserta yang lain macam lum sedia, nak lari jee....??

Jamuan Kelab Olahraga 2007

Tarikh : 26 Okt. 2007 (Jumaat)
Masa : 2.45 ptg.
Tempat : Blok A

Jamuan petang yang "BEST".... Pizza Hut.
Terima Kasih kepada semua AJK dan ahli Kelab Olahraga.


Coach / Pegawai Yang Menjadi Tulang Belakang Kontinjen SMKJKA 2007


Banyak berkorban dan mencurahkan kepakaran dalam
bidang masing-masing untuk kecemerlangan atlit
dan nama baik SMKJKA.

Saturday, October 27, 2007

SEMANGAT PATRIOTIK : Jalur Gemilang


Nie... yang dikatakan cinta akan negara. Tidak kira bila?
tidak kira di mana jua berada, walaupun apa cara sekalipun!!!
Jalur Gemilang
harus dikibar atau dipamerkan. Syabas.....

Menceriakan Bilik Operasi Sukan SMKJKA

Pilih... pilih.....pilih
Mana satu yang berkenan..... Ini semua rajin bekerja, sihat tubuh badan,
Boleh kerja lebih masa.
Lelong.....? Lelong??

Inilah pengerusi baru di beri kesempatan berucap setelah diberi mandat
serta kepercayaan untuk menerajui Kelab Olahraga 2008.

Tidak lain... tidak bukan Cassie Teo. Wee..... weeetttt..... aaww..............

Jamuan Akhir Tahun dan Perlantikan AJK Kelab Olahraga


Yang berdiri tulah Wong Eng Kiat, Pengerusi Pertama bagi Kelab Olahraga
yang telah ditubuhkan pada Januari 2007.
Kasihan dah meletakan jawatanpun.
Maklumlah dah nak periksa..... Good luck for your SPM 2007.




Thursday, October 25, 2007

Larian Antarabangsa Nusajaya 2007

Inilah barisan para atlit yang telah menyertai larian tersebut.

Wednesday, October 24, 2007

Wajah Ceria : Pelapis Muda Pasukan Bola Sepak

Pengurus Pasukan en. Azman b. Bakri bersama pasukan pelapis SMKJKA
di padang SMK Yong Peng, Batu Pahat


Syabas dan Tahniah.........


Inilah pasukan Bola Sepak L 14 Tahun yang telah mengukir kejayaan buat diri mereka dan SMKJKA kerana telah menyandang Naib Johan Pertandingan Bola Sepak MSSMNJ Daerah Batu Pahat Bwh. 14 Tahun 2007.

Kelab Sains Sukan SMKJKA

Lawatan ahli Kelab Sains Sukan ke MOM, Kuala Lumpur
(4-5 Sept. 2007)


BRAVO !!!.....BRAVO!!!


Kelab Sains Sukan telah didaftarkan
penubuhannya di SMKJKA pada Jan. 2007.
Ini berikutan dari penawaran mata pelajaran
Pengetahuan Sains Sukan yang telah diputuskan
oleh Pn. Hjh. Salbiah bt. Yahya Pengetua SMKJKA.
Pembukaan sebuah kelas (4 Emerald) telah manarik minat
23 pelajar. En. Ramli b. Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua
Panitia mata pelajaran Pengetahuan Sains Sukan dan Cik Zalifah
bt. Hj. Sidek telah dilantik menjadi guru penasihat Kelab Sains Sukan.
Kedua-duanya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.




Sukanya diaaa....




Macam mana Ismail boleh kalah ye tahun nie...ish! ish! ish!


You all memang best lah...


Emas makin banyak tuu.. terima kasih kepada semua atlet yg menyumbangkan pingat!




Kejayaan Yang diperjuangkan Bersama


Saturday, October 20, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Unit Sukan SMKJKA ingin mngucapkan selamat menyambut
Hari Raya Aidil Fitri an Maaf Zahir Batin kepada :

semua warga SMKJKA yang beragama Islam
para jurulatih
dan atlit

tidak dilupakan semua warga sukan tidak kira dimaa jua anda berada....

Friday, October 5, 2007

WELCOME

Hi... How are you? TQ for visiting us. Please give your support to our blog.
May be this is the best way to know us better. Keep in touch.
We are proud to be SMKJKA.

Wednesday, October 3, 2007

Selamat Datang

Selamat ber'blog' untuk rakan-rakan. Selalulah melawat ke blog ini.