free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Saturday, March 26, 2011

Kenali Tokoh Jurulatih SMKDSE

Puan Nor'Azmah bt. Abdul Manas
GPK Kokurikulum SMKDSE
Ketua Kontinjen Balapan dan Padang 2011

Tuan Haji Mohd Ta'at bin Kasran
GPK HEM SMKDSE
Penasihat Tetap Kontinjen Balapan dan Padang SMKDSE
Ketua Kontinjen Balapan dan Padang 2005 hingga 2010
Pengurus Kontinjen MSSD Batu Pahat 2005 hingga 2010

Tuan Haji Norman bin Ibrahim
Jurulatih Lompat Pagar/Acara Trek
Jurulatih Permainan Bola Baling L15 dan L18
Pengadil Bola Baling MSSD

En. Muhammad Fitri bin Abu Hassan Asari
Ketua Jurulatih Balapan dan Padang 2011 hingga sekarang
Jurulatih Acara Trek/Acara Lompatan
Jurulatih Permainan Hoki L18/Bola Sepak L15

Puan Na Pey Chee
Ketua Jurulatih Balapan dan Padang SMKDSE 2000 hingga 2010
Jurulatih Acara Trek
Jurulatih Merentas Desa
Penolong Jurulatih Akuatik/Bola Tampar P18

Tuan Haji Ramli bin Haji Ibrahim
Setiausaha Sukan SMKDSE 2005 hingga sekarang
Pengurus Kontinjen Balapan dan Padang SMKDSE 2005 hingga sekarang
Jurulatih Acara Balingan/Hepta & Penta
Jurulatih Permainan Kriket/Sofbol
Jurulatih Kriket MSSD Batu Pahat
Pengadil Kriket MSSD

Jaguh dan Semangat Juang SMKDSE

Langkah dihayun dengan tekad dan semangat juang yang terbilang
"SMKDSE GEMILANG"

Jika gigih berusaha pasti berjaya

Hidup mesti bersaudara, mesra dan ceria sentiasa

Setinggi mana rintangan pasti dilepasi ........

Sebanyak mana halangan akan dilalui ......

Sejauh mana jarak akan diharungi ..............



"ONE SCHOOL ONE DREAM"

Acara Guru 4 X 100 meter

Siap sedia membakar trek dengan larian berkuasa.........

Cikgu Zulkeply dan cikgu Fairdaus serius merenung nasib.....

Gelagat Jurulatih SMKDSE

Semak keputusan online???? ada kalanya CEMAS. Sri Gading memintas kedudukan pingat. Huru-hara khemah kontinjen......

Nih heroin statistik......bukan duduk saja-saja tak ade keja??? Statistik melaporkan keputusan tepat???? nih tengah kira jari kaki nak tau pungutan mata.......syhhh

Memang sah kita dah berjaya, buku laporan dah ada bukti nih. Mari semak.... keputusan.

Dah berapa emas???perak...???? gangsa??? mata terkumpul???? itulah agak yang ditanya ketua kontinjen pada jurulatih?

Apa lagi yang TAK puas ati nih??? Kurang 3 pingat..... cukuplah dengan 27 je taun nie.

Tenang menanti keputusan dengan penuh debaran

Tn. Hj. Fauzan Sukimi bersalaman sambil mengucapkan taniah kepada jurulatih

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pakat kali ke-44 Tahun 2011

Berkibarnya bendera Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat, sebagai tanda bermulanya pemburuan pingat untuk semua kontinjen

Ahli perbarisan SMKDSE puas dan gembira dengan persembahan mereka

Segak perbarisan lintas lalu pasukan SMKDSE diketuai oleh Pn. Nor'Azmah bt. Abdul Manas GPK Kokurikulum.

Pandangan perbarisan di hadapan stadium cukup meriah sekali

Pasukan perbarisan melintasi hadapan pentas utama

Berkibar bendera SMKDSE seumpama semangat yang berkobar-kobar.

Barisan peserta membawa papan tanda dan bendera kontinjen

Barisan kontinjen mewakili kontinjen MSSC dan pasukan kontinjen sekolah menengah

Kanan sekali barisan kontinjen SMKDSE

Friday, March 25, 2011

Mereka Yang Meneraju Kontinjen SMKDSE 2011

Penaung : Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi (pengetua SMKDSE)
Penasihat 1 : Pn. Hjh. Jam'iyah bt. Darmawan (GPK Pentadbiran)
Penasihat 2 : Tn. Hj. Mohd Ta'at b. Kasran (GPK HEM)
Penasihat 3 : Pn. Kalson bt. Haron (Penyelia Petang)
Ketua Kontinjen : Pn. Nor'Azmah bt. Abdul Manas (GPK Kokurikulum)
Pengurus : Tn. Hj. Ramli b. Hj. Ibrahim
Penolong Pengurus : Pn. Na Pey Chee
Ketua Jurulatih : En. Muhammad Fitri b. Abu Hassan Asari
Penolong Jurulatih : Tn. Hj. Norman b. Ibrahim
Penolong Jurulatih : En. Mohd Iskandar b. Md Asrakal
Penolong Jurulatih : En. Muhd Aznur Fahmy b. Rosli
Penolong Jurulatih : Cik Luvrina bt. Jamaludin
Penolong Jurulatih : Cik Sri Yusrina bt. Md Yusof
Penolong Jurulatih : Cik Norlida bt. Nik Hassan
Penolong Jurulatih : Cik Siti Zuraiya bt. Abd Ghani
Penolong Jurulatih : Cik Puspawati bt. Parni
Penolong Jurulatih : Pn. Nurul Hidayah bt. Kamaruzaman
Penolong Jurulatih : Cik Sy. Norfisah bt. Sy. Abu Bakar
Jurulatih Perbarisan : En. Rosli b. Othman

Fokus Wajah-Wajah Gemilang SMKDSE

Kuartet Relay 4 x 400 M Kategori L13/L15 (Johan)

Kuartet Relay 4 x 100 P13 dan 4 x 400 M Kategori P18 (Johan)

Pentas Rasmi Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat,
menyaksikan keunggulan 10 kali Kontinjen SMKDSE menyandang juara.

Pengetua, GPK HEM, GPK Kokurikulum, barisan jurulatih dan
para atlet meraikan kemenangan.

Watak ceria atlet 1 Malaysia, sukan membina perpaduan & semangat muhibah.

Ketua Atlet SMKDSE menerima Piala Kejuaraan dari Pegawai Pelajaran Daerah dan menyerahkannya kepada tuan Pengetua.

Piala Kejuaraan Kategori P18 diterima bekas Ratu Penta SMKDSE 2009/2010

Kuartet 4 x 100 M/4 x 400 M L15 .... gandingan mantap

Kuartet 4 x 400 M diluar jangkaan, apabila Ratu Penta unggul
menyuntik kejayaan berganda untuk mencatat rekod baru Penta 2011. (memakai skaf)

Peneraju 3 serangkai yang menentu kegemilangan berterusan

Sepantas kilat baton disambar untuk meneruskan pecutan larian


Pecutan emas

"Kamilah juara 2011". jumpa lagi di tahun 2012.
"SMKDSE GEMILANG 2012"

Menjadi tradisi, lagu SMKDSE dinyanyikan atlet.



Pencapaian Ke-10 Amat Bermakna



PENCAPAIAN KONTINJEN SMKDSE 2011

JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH

27 EMAS 17 PERAK 13 GANGSA

Pungutan Mata Keseluruhan : 265

SMKDSE JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD BATU PAHAT BUAT KALI KE-10



KATEGORI YANG DIMENANGI

1. PESERTA TERBAIK PEREMPUAN 13 TAHUN
2. PESERTA TERBAIK PEREMPUAN 15 TAHUN
3. PESERTA TERBAIK LELAKI 13 TAHUN
4. PESERTA TERBAIK LELAKI 15 TAHUN
5. JOHAN BAHAGIAN PEREMPUAN 13 TAHUN
6. JOHAN BAHAGIAN PEREMPUAN 15 TAHUN
7. JOHAN BAHAGIAN PEREMPUAN 18 TAHUN
8. PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN BHG. PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH
9. PENCAPAIAN TERBAIK LELAKI SEKOLAH MENENGAH
10. ANUGERAH KHAS - KUTIPAN PINGAT EMAS TERBANYAK
11. PIALA PUSINGAN JOHAN KESELURUAHAN SEKOLAH MENENGAH


Thursday, March 24, 2011

Adakah Kontinjen SMKDSE Akan Kekal Sebagai Juara MSSD Batu Pahat?

Esok merupakan hari penentuan, dan merupakan perhitungan terakhir buat para atlet SMKDSE. Para jurulatih masih memiliki strategi terbaik untuk menjinakkan lawan. Manakala para atlet turut optimis dalam setiap langkah yang diambil bagi mengejar impian kecemerlangan.

"One School One Dream"

Laporan Pencapaian Kontinjen SMKDSE Hari Ketiga

15 Emas 12 Perak 9 Gangsa
Mata Terkumpul = 236

Monday, March 21, 2011

Masuk Arena Dengan Langkah Kanan

Pada 22 Mac 2011 (Selasa) jam 7.30 pagi, acara pembuka tirai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat atlet P18 Pua Ling En akan berjuang untuk memiliki pingat emas sulung buat dirinya serta kontinjen SMKDSE dalam acara Jalan Kaki 5000 meter.

Taklimat kontinjen yang dijalankan pada 21 Mac 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi berharap para atlet dapat berusaha mencapai sasaran 30 pingat emas. Pada pertemuan tersebut juga beliau berkesempatan menyampaikan jersy dan running vest kepada para atlet.

Semoga para atlet membulatkan tekad serta berusaha gigih mencapai impian kegemilangan.

"One School One Dream"