free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, April 25, 2008

Pasukan Bola Tampar Perempuan 18 Tahun SMKJKA Giat Berlatih

Dibawah bimbingan jurulatih encik Ng Kang Hock,
pasukan ini telah mula terlibat secara aktif melalui penyertaan sulungnya
pada pertandingan bola tampar MSSMDBP pada tahun 2007.
Pada tahun ini mereka telah membuat persediaan selama sebulan lebih awal,
dalam matlamat menjadi johan daerah pada tahun 2008.
Semoga hasrat pasukan bola tampar perempuan 18 menjadi realiti.
"GEMILANG SMKJKA"

Kelab Olahraga Akan Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat

Tarikh : 26 April 2008
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Gunung Banang, Batu Pahat
Anjuran : Kelab Olahraga
Penyertaan : 40 peserta dan 5 guru pengiring

Syabas kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Olahraga yang akan
mengadakan program di atas bagi memastikan ahli mendapat aktiviti
yang bermanfaat, memberi cabaran dan kepuasan. Aktiviti seperti ini
adalah julung-julung kali diadakan sejak kelab ini ditubuhkan pada
awal tahun 2007.

Monday, April 21, 2008

Keputusan Bola Sepak L15

Tarikh : 9-10 Apr. 2008

Perlawanan Kumpulan C : di padang SMK Sri Gading

SMKJKA lwn SMK Sri Gading = 0-2
SMKJKA lwn SMK Datin Onn = 3-0
SMKJKA lwn SMKTMI = 1-1
SMKJKA lwn MRSM = 1-1
SMKJKA lwn SMK Semerah = 1-1


Keputusan :
Memungut 8 mata (tidak layak ke suku akhir)