free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Showing posts with label BERITA SUKAN. Show all posts
Showing posts with label BERITA SUKAN. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Debaran Atlet SMKDSE mewakili MSSDBP ke Kejohanan Balapan & Padang MMS Johor 2012

Taniah kepada atlet dan para jurulatih/pegawai SMKDSE yang menyertai kontinjen MSSDBP, semoga penyertaan anda menggegarkan stadium Kluang serta membawa kejuaraan kepada daerah Batu Pahat.

SEMOGA BERJAYA

Tuesday, March 27, 2012

Semangat Juang Kental Atlet SMKDSE

Bersemangat kontinjen perbarisan SMKDSE ... syabas

Meluru pantas ke garisan penamat "larian emas"

Hayunan pingat perak



Wednesday, March 21, 2012

Liputan Foto Atlet SMKDSE hari ke-2 Kejohanan Padang & Balapan MSSD BP

Ratu cakera SMKDSE .... emas Kategori P18

Lompatan dalam memburu pingat

Lontaran bertenaga atlet P13

Acara lari berpagar, ratu penta SMKDSE memberi tentangan sengit

Tunjuk ajar sifu, ketua jurulatih SMKDSE



Tuesday, March 20, 2012

Pungutan Pingat Kejohanan Balapan & Padang MSSD BP ke-45 (Hari Pertama)

Tarikh : 20 Mac 2012 (Selasa)

2 emas/ 1 perak/0 gangsa - SMK Seri Gading

1 emas/3 perak/1 gangsa - SMK Dato' Syed Esa

1 emas/ 1 perak/ 1 gangsa - SMK Dato' Onn

1 emas/ 1 perak/ 0 gangsa - SMK Dato' Sulaiman

1 emas/ 1 perak/ 0 gangsa - SMK Datin Onn Jaafar


Keputusan sehingga pukul 2.30 ptg (info Buletin Kejohanan)

Sunday, March 18, 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD BATU PAHAT KE-45 TAHUN 2012

Tarikh : 20 hingga 23 Mac 2012

Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Friday, August 26, 2011

UCAPAN HARI RAYA

Unit Sukan SMKDSE ingin merakamkan ucapan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin

kepada

semua warga pendidik, staf sokongan, dan para jurulatih, atlet serta semua pelajar SMKDSE yang beragama Islam

Thursday, August 18, 2011

Larian Mini Marathon Tertutup Batu Pahat Sempena Ulang Tahun Ke-10 MPBP

Tarikh : 19 Jun 2011

Tempat : Hadapan Pejabat MPBP

Penyertaan pasukan atlet SMKDSE melakar sejarah tersendiri.

Kategori wanita junior:

Pua Ling En - Johan

Neo Hseng Zjue - Naib Johan

Pua Ling Zheng - Ketiga


Kategori lelaki junior:

Chang Guo Pin - Johan

Mohd Syafiq Da'wan - Ke-9

Syed Fathi - Ke-10

SUKMA 2011

Atlet SMKDSE turut terpilih untuk menyumbang bakti dan pinagt untuk negeri Johor.

Lim Siew Yen merangkul pingat perak dalam acara ping pong berpasukan.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH.


Kapas-Marang International Swimathon 2011

atlet akuatik SMKDSE telah bersaing dengan peserta antarabangsa yang senior serta lebih berpengalaman diperingkat antarabangsa.

Neo Hseng Zjue muncul naib johan keseluruan ketegori wanita terbuka.

TAHNIAH


KEJOHANAN MSSM 2011

Ratu jalan kaki SMKDSE Unggul bagi kategori P18

PUA LING EN - Emas 5000 meter jalan kaki

Beliau telah disambut sebagai wirawati & mendapat beberapa sumbangan serta pengharagaan.

Turut mengiringi beliau kepentas kebangsaan Yaw Xin Yi (cakera) dan Chang Guo Pin (trek)



Tuesday, May 3, 2011

Tokoh Sukan SMKDSE 2011

Ratu Catur SMKDSE ......... sebutir bintang yang gemilang

Pua Ling Ting pelajar aliran sains sukan menempa nama dalam sukan balapan dan padang

"Arigato"..... Muhammad Izuddin mewakili Pasukan Kriket

Thursday, April 28, 2011

Gambar Pua Ling Ting Terpapar di Banting MSSJ 2011 : Satu Penghargaan buat Atlet SMKDSE



Satu penghargaan untuk warga atlet SMK Dato Syed Esa apabila gambar Pua Ling Ting yang dipaparkan di blog ini ada terdapat di banting MSSJ yang telah berlangsung baru-baru ini di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Ini bermakna, ramai juga yang menjadi pelawat blog sukan SMKDSE ini. Terima kasih.

Sesungguhnya kami amat berbangga dengan bentuk penghargaan tersebut.


Saturday, April 16, 2011

Kontinjen Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat Telah Bertolak Ke Larkin Johor Bahru

Semua atlet balapan dan badang MSSD Batu Pahat seramai 133 orang telah bertolak dari destinasi masing-masing pada pagi ini 16 Apr. 2011. Dua buah bas terakhir bertolak dari Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat turut membawa atlet SMKDSE pada pukul 10.55 pagi.

Pergerakan bas atlet dengan diiringi para jurulatih akan terus ke lokasi perkampungan atlet MSSD Batu Pahat di SK Larkin (2). Jadual di sebelah petang pula sesi warm-up serta penyesuaian trek dan padang untuk atlet.

Semoga penyertaaan tahun 2011 dapat mencapai kejayaan terbilang buat kontinjen MSSDBP.

Saturday, April 9, 2011

Tokoh di belakang tabir merealisasi kejayaan pasukan balapan dan padang SMKDSE

Cik Norlida tetap dan berpencen sebagai pegawai data maklumat kontinjen

Cik Sri Yusrina serasi sebagai caperon kontinjen

Jurulatih acara balingan/lontaran

Pengurus longistik

Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan para atlet

Takziah buat keluarga Almarhum Muhamad Afiq Mohd Kharudden dan Almarhum Muhammad Faeez Hassan Mohd Yahya


Seorang yang menghormati guru, gigih berusaha dan minat bersukan

Aktif bersukan dalam permainan hoki, futsal, sepak takraw dan bola sepak





Thursday, April 7, 2011

Pasukan Hoki Perempuan B18 SMKDSE

Taniah kepada pasukan hoki perempuan B18 yang sudi menyahut cabaran dan dapat menubuhkan sebuah pasukan barisan muda untuk bertanding di peringkat MSSD 2011. Walau pun tidak banyak masa untuk membuat persediaan (latihan). Pasukan ini mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan yang lebih senior serta berpengalaman dari sekolah lain.

Tuesday, April 5, 2011

Senarai Atlet Terpilih Menyertai Kontinjen MSSD Batu Pahat ke MSSJ

1. Thong Chen Kai (L18)
2. Chang Guo Pin (L15)
3. Muhd Azhar b. Muhd Yasin (L15)
4. Muhd Hafizan b. Hafiza Nazrul (L15)
5. Afiq b. Azwan (L13)
6. Kamarul Amirul b. Kamarudin (L13)
7. Nur Bazilah bt. Abdul Jalil (P18)
8. Pua Ling En (P18)
9. Pua Ling Zheng (P18)
10. Loh Chin Wen (P15)
11. Yaw Xin Yi (P15)
12. Wendy Low (P15)
13. Koh Sock San (P13)
14. Tan Siow Moi (P13)
15. Vivan Tang (P13)
16. Chua Jie Nie (P13)

Syabas dan Tahniah kepada atlet yang terpilih untuk mengikuti latihan pusat dari 4 Apr. hingga 15 Apr. 2011 bertempat di Stadium Jalan Ampuan.

Saturday, April 2, 2011

Berita Kejohanan Kriket Dunia 2011

Pasukan kriket India bergelar Juara Dunia 2011,
setelah penantian hampir 20 tahun.
Naib Johan pasukan Sri Lanka.

Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia Kriket







Friday, April 1, 2011

Uniknya Kontinjen Balapan & Padang 2011

Trio Pua bersaudara tetap sehati sejiwa, berbakti dalam sukan balapan dan padang

Pendatang baru juga saudara kembar, yang mewarnai acara balapan dan padang

Tiga bersaudara.... three musketeers SMKDSE
"One for all. all for one"

Kembar Hepta SMKDSE, kedua-duanya mengikuti aliran Sains Sukan


Kejayaan SMKDSE Menjuara di MSSD Buat kali ke-10 berturut-turut di Dada Akhbar


Ralat/Pembetulan :
SMKDSE Johan 10 tahun berturut-turut. BUKAN 9 tahun berturut-turut.

Anda boleh membacanya di alamat berikut :
http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8916784.asp

Tahniah kepada team padang dan balapan SMKDSE !