free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, March 21, 2011

Masuk Arena Dengan Langkah Kanan

Pada 22 Mac 2011 (Selasa) jam 7.30 pagi, acara pembuka tirai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat atlet P18 Pua Ling En akan berjuang untuk memiliki pingat emas sulung buat dirinya serta kontinjen SMKDSE dalam acara Jalan Kaki 5000 meter.

Taklimat kontinjen yang dijalankan pada 21 Mac 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi berharap para atlet dapat berusaha mencapai sasaran 30 pingat emas. Pada pertemuan tersebut juga beliau berkesempatan menyampaikan jersy dan running vest kepada para atlet.

Semoga para atlet membulatkan tekad serta berusaha gigih mencapai impian kegemilangan.

"One School One Dream"

No comments: