free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, August 26, 2011

UCAPAN HARI RAYA

Unit Sukan SMKDSE ingin merakamkan ucapan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin

kepada

semua warga pendidik, staf sokongan, dan para jurulatih, atlet serta semua pelajar SMKDSE yang beragama Islam

Saturday, August 20, 2011

Pencapaian di Lapang Sasar Menembak Subang

Kejohanan Piala Tun Haniff 2011

21-24 Julai 2011

Atlet SMKDSE telah mencapai kejayaan memberangsangkan;

Eddy Chew

100m air pistol junior (emas)

100m air pistol berpasukan (gangsa)

25m sport pistol (perak)

50m free pistol (perak)


Alvin Ang

10m air pistol (gangsa)

Thursday, August 18, 2011

Larian Mini Marathon Tertutup Batu Pahat Sempena Ulang Tahun Ke-10 MPBP

Tarikh : 19 Jun 2011

Tempat : Hadapan Pejabat MPBP

Penyertaan pasukan atlet SMKDSE melakar sejarah tersendiri.

Kategori wanita junior:

Pua Ling En - Johan

Neo Hseng Zjue - Naib Johan

Pua Ling Zheng - Ketiga


Kategori lelaki junior:

Chang Guo Pin - Johan

Mohd Syafiq Da'wan - Ke-9

Syed Fathi - Ke-10

SUKMA 2011

Atlet SMKDSE turut terpilih untuk menyumbang bakti dan pinagt untuk negeri Johor.

Lim Siew Yen merangkul pingat perak dalam acara ping pong berpasukan.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH.


Kapas-Marang International Swimathon 2011

atlet akuatik SMKDSE telah bersaing dengan peserta antarabangsa yang senior serta lebih berpengalaman diperingkat antarabangsa.

Neo Hseng Zjue muncul naib johan keseluruan ketegori wanita terbuka.

TAHNIAH


KEJOHANAN MSSM 2011

Ratu jalan kaki SMKDSE Unggul bagi kategori P18

PUA LING EN - Emas 5000 meter jalan kaki

Beliau telah disambut sebagai wirawati & mendapat beberapa sumbangan serta pengharagaan.

Turut mengiringi beliau kepentas kebangsaan Yaw Xin Yi (cakera) dan Chang Guo Pin (trek)



Tuesday, August 2, 2011

Pertandingan Pentanque Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat

Tarikh : 27-28 Jun 2011
Tempat : Padang Pentanque SMK Datin Onn Jaafar
Keputusan :

Kategori lelaki senior
Mohamad Norazman bin Mohd Amer - Johan
Lim Chin Sheng - Ke-4

Kategori perempuan senior
Nuur Fazdila binti Samsudin - Naib Johan
Hawwa Khairunnisak Maulad bt. Mohamed Zin - Ke-3

Pencapaian Atlet Pendidikan Khas

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikam Khas Peringkat Negeri Johor
Tarikh : 21 - 23 Jun 2011
Tempat : UTHM Parit Raja
Pencapaian :

kategori lelaki senior
Mohd Amirul bin Yusof - Lepar cakera dan merejam lembing (emas) & lontar peluru (perak)
Muhammad Arif bin Abd Rahman - 400 m (emas), 200m, 4x100m,4x200m (perak)
Mohammad Nur Zaman bin Wagini - 4x100m,4x400m (perak)
Muhamad Najmuddin bin Jarmi - 4x400m (perak)

kategori perempuan senior
Nur Fazdila binti Samsudin - 100m,200m,merejam lembing (gangsa)

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa

Unit Sukan SMKDSE

ingin mengucapkan
selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak
kepada semua warga SMKDSE yang beragama Islam.

Semoga para jurulatih dan atlet dapat berusaha menahan diri dari lapar dan dahaga, serta memperoleh kejayaan dalam melaksanakan semua ibadah di sepanjang bulan puasa.

Tuesday, June 21, 2011

Sambutan Wirawati SMKDSE

2o Jun 2011 merupakan tanggal bersejarah buat SMKDSE?????
Atlet yang berjaya diperingkat kebangsaan diarak & disambut semasa perhimpunan mingguan.
Taniah kepada mereka yang telah berusaha & berkorban sehingga berjaya.

Pua Ling En - pelajar tingkatan 5PD2
mengungguli emas dalam acara 5000m jalan kaki P18
Kejohanan Sukan MSSM 2011

Friday, June 3, 2011

"Sharp Shooter" SMKDSE

Kejayaan yang dicapai memerlukan fokus dan pengorbanan. Tahniah Affifuddin Nordin

Aksi menarik Affifuddin Nordin membedik sasaran dalam Kejohanan NSAM President Ally T.H. Ong Trophy 2011

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru

Kami warga SMKDSE mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya guru-guru di SMKDSE. Semoga para pendidik tidak jemu mengajar serta mencurah keprihatinan kepada rakan seperjuangan, anak didik dan masyarakat amnya.

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Tuesday, May 3, 2011

Tokoh Sukan SMKDSE 2011

Ratu Catur SMKDSE ......... sebutir bintang yang gemilang

Pua Ling Ting pelajar aliran sains sukan menempa nama dalam sukan balapan dan padang

"Arigato"..... Muhammad Izuddin mewakili Pasukan Kriket

Saturday, April 30, 2011

Majlis Anugerah Inovasi SMKDSE 2011

Anugerah Tokoh Kokurikulum

Olahragawan 2010 - Ong Zheng Shen

Olahragawati 2010 - Pua Ling Ting


Kepimpinan Kokurikulum Terbaik 2010

Unit Beruniform : Chan Li Sen (Pengakap)

Persatuan dan Kelab : Tan Sin Yee (Kelab Leo)

Sukan dan Permainan : Kwan Tszee Yeung (Catur & Olahraga)


Badan Beruniform Terbaik 2010 PBSMM

Kelab/Persatuan Terbaik 2010 - Persatuan Bahasa Cina

Permainan Terbaik 2010 - Pasukan Kriket

Thursday, April 28, 2011

Gambar Pua Ling Ting Terpapar di Banting MSSJ 2011 : Satu Penghargaan buat Atlet SMKDSE



Satu penghargaan untuk warga atlet SMK Dato Syed Esa apabila gambar Pua Ling Ting yang dipaparkan di blog ini ada terdapat di banting MSSJ yang telah berlangsung baru-baru ini di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Ini bermakna, ramai juga yang menjadi pelawat blog sukan SMKDSE ini. Terima kasih.

Sesungguhnya kami amat berbangga dengan bentuk penghargaan tersebut.


Saturday, April 16, 2011

Kontinjen Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat Telah Bertolak Ke Larkin Johor Bahru

Semua atlet balapan dan badang MSSD Batu Pahat seramai 133 orang telah bertolak dari destinasi masing-masing pada pagi ini 16 Apr. 2011. Dua buah bas terakhir bertolak dari Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat turut membawa atlet SMKDSE pada pukul 10.55 pagi.

Pergerakan bas atlet dengan diiringi para jurulatih akan terus ke lokasi perkampungan atlet MSSD Batu Pahat di SK Larkin (2). Jadual di sebelah petang pula sesi warm-up serta penyesuaian trek dan padang untuk atlet.

Semoga penyertaaan tahun 2011 dapat mencapai kejayaan terbilang buat kontinjen MSSDBP.

Wednesday, April 13, 2011

SMKDSE Terus Unggul 2011

Keratan Akhbar Berita Harian 13 Apr. 2011 (Rabu).

Syabas buat kontinjen Balapan dan Padang di atas kejayaan anda mengharumkan nama sekolah.
Tahniah.....tahniah...........tahniah..............

Saturday, April 9, 2011

Tokoh di belakang tabir merealisasi kejayaan pasukan balapan dan padang SMKDSE

Cik Norlida tetap dan berpencen sebagai pegawai data maklumat kontinjen

Cik Sri Yusrina serasi sebagai caperon kontinjen

Jurulatih acara balingan/lontaran

Pengurus longistik

Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan para atlet

Takziah buat keluarga Almarhum Muhamad Afiq Mohd Kharudden dan Almarhum Muhammad Faeez Hassan Mohd Yahya


Seorang yang menghormati guru, gigih berusaha dan minat bersukan

Aktif bersukan dalam permainan hoki, futsal, sepak takraw dan bola sepak





Thursday, April 7, 2011

Pasukan Hoki Perempuan B18 SMKDSE

Taniah kepada pasukan hoki perempuan B18 yang sudi menyahut cabaran dan dapat menubuhkan sebuah pasukan barisan muda untuk bertanding di peringkat MSSD 2011. Walau pun tidak banyak masa untuk membuat persediaan (latihan). Pasukan ini mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan yang lebih senior serta berpengalaman dari sekolah lain.

Tuesday, April 5, 2011

Hari Persekolahan Berganti Sempena Hari Deepavali 2011

9 April 2011 (Sabtu) - Jadual hari Isnin
23 April 2011 (Sabtu) - Jadual hari Khamis
7 Mei 2011 (Sabtu) - Jadual hari Jumaat

Senarai Atlet Terpilih Menyertai Kontinjen MSSD Batu Pahat ke MSSJ

1. Thong Chen Kai (L18)
2. Chang Guo Pin (L15)
3. Muhd Azhar b. Muhd Yasin (L15)
4. Muhd Hafizan b. Hafiza Nazrul (L15)
5. Afiq b. Azwan (L13)
6. Kamarul Amirul b. Kamarudin (L13)
7. Nur Bazilah bt. Abdul Jalil (P18)
8. Pua Ling En (P18)
9. Pua Ling Zheng (P18)
10. Loh Chin Wen (P15)
11. Yaw Xin Yi (P15)
12. Wendy Low (P15)
13. Koh Sock San (P13)
14. Tan Siow Moi (P13)
15. Vivan Tang (P13)
16. Chua Jie Nie (P13)

Syabas dan Tahniah kepada atlet yang terpilih untuk mengikuti latihan pusat dari 4 Apr. hingga 15 Apr. 2011 bertempat di Stadium Jalan Ampuan.

MSSD Bola Sepak Lelaki B18

Tarikh : 4 hingga 6 April 2011
Hari : Isnin - Rabu
Tempat : Padang SMK Datuk Menteri
Penyertaan : SMKDSE menghantar satu pasukan

Keputusan Terkini:

SMKDSE vs SMKTMI (2-1)
SMKDSE vs SMKS (3-1)
SMKDSE vs SMKDS (walk over)
SMKDSE vs SMK Dato' Seth (o-1)


Tarikh : 6 April 2011
SMKDSE melangkah ke perlawanan suku akhir

Saturday, April 2, 2011

Berita Kejohanan Kriket Dunia 2011

Pasukan kriket India bergelar Juara Dunia 2011,
setelah penantian hampir 20 tahun.
Naib Johan pasukan Sri Lanka.

Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia Kriket







Friday, April 1, 2011

Uniknya Kontinjen Balapan & Padang 2011

Trio Pua bersaudara tetap sehati sejiwa, berbakti dalam sukan balapan dan padang

Pendatang baru juga saudara kembar, yang mewarnai acara balapan dan padang

Tiga bersaudara.... three musketeers SMKDSE
"One for all. all for one"

Kembar Hepta SMKDSE, kedua-duanya mengikuti aliran Sains Sukan


Kejayaan SMKDSE Menjuara di MSSD Buat kali ke-10 berturut-turut di Dada Akhbar


Ralat/Pembetulan :
SMKDSE Johan 10 tahun berturut-turut. BUKAN 9 tahun berturut-turut.

Anda boleh membacanya di alamat berikut :
http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8916784.asp

Tahniah kepada team padang dan balapan SMKDSE !


Thursday, March 31, 2011

Bola Sepak Lelaki B15 SMKDSE Naib Johan

Pasukan bola sepak Lelaki B15 telah layak ke peringkat separuh akhir pada 31 Mac 2011 bertempat di padang SMK Tunku Putra. Perlawanan pada jam 11.30 pagi bertemu pasukan SMK Dato' Bentara Luar, yang berkesudahan dengan jaringan 2 - 1.

Kemenangan ini bererti SMKDSE akan mara ke peringkat akhir pada jam 4.00 petang di padang yang sama. Pasukan yang akan ditentang adalah SMK Sri Gading.

Jaringan pembukaan didahului SMKDSE dari hadiah sepakan penalti dari kesilapan pemain SMKSG, yang telah disempurnakan oleh Brandon Jeremy Neo Kian Siong. Namun SMKSG telah bangkit menguasai perlawanan serta memanfaatkan peluang terbaik dengan menjaringkan 3 gol sehingga masa perlawanan tamat.

SMK Datuk Sulaiman bertemu SMK Dato' Bentara Luar bagi menentukan tempat ke-3 dan ke-4. SMKDS = 1 dan SMKDBL = 0.

Keputusan Rasmi :

Johan : SMK Sri Gading
Naib Johan : SMK Dato' Syed Esa
Ke-3 : SMK Datuk Sulaiman
Ke-4 : SMK Dato' Bentara Luar


Ulasan Pelapor Sukan SMKDSE

Wednesday, March 30, 2011

Tiada Yang Lebih Bererti : Hadirnya Keluarga Disamping



Mr. Neo tetap menemani anak kesayangan ke mana jua ..... dia berada.


Keluarga Pua, merupakan "Keluarga Olahraga". Sikap penyayang dan sentiasa memberi sokongan moral kepada anggota keluarganya. Harus menjadi contoh.


Semangat dan sumbangan adik-beradik Pua,
sinonim dengan sukan balapan dan padang SMKDSE



"SUKAN MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA"

Tuesday, March 29, 2011

MSSD Hoki Lelaki/Perempuan B18

Tarikh : 27 hingga 28 Mac 2011
Tempat : SMK Dato' Bentara Luar
Pasukan : Satu Pasukan Lelaki dan Satu Pasukan Perempuan B18

MSSD Bola Sepak Lelaki B15

Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Tempat : SMK Sri Medan
Pasukan : Satu Pasukan SMKDSE Lelaki B15

Peringkat Kumpulan

26 Mac 2011

SMKDSE vs SMK Dato Seth = 1-0
SMKDSE vs Sri Medan = 7-0


27 Mac 2011

SMKDSE vs SM Tinggi Batu Pahat
SMKDSE vs SMK Semerah

Liputan kejohanan balapan & padang dari lanser profesional : Mempesona

Ceria di samping pencabar .....

Khai San, bermati-matian untuk mengejar "impian"

Wendy, mendahalui hingga ke garisan penamat???

Pecutan terakhir Hazim bagi acara 1500 m Hepta

Pua Ling Zheng memanaskan badan sebagai persediaan terakhir.

Saturday, March 26, 2011

Kenali Tokoh Jurulatih SMKDSE

Puan Nor'Azmah bt. Abdul Manas
GPK Kokurikulum SMKDSE
Ketua Kontinjen Balapan dan Padang 2011

Tuan Haji Mohd Ta'at bin Kasran
GPK HEM SMKDSE
Penasihat Tetap Kontinjen Balapan dan Padang SMKDSE
Ketua Kontinjen Balapan dan Padang 2005 hingga 2010
Pengurus Kontinjen MSSD Batu Pahat 2005 hingga 2010

Tuan Haji Norman bin Ibrahim
Jurulatih Lompat Pagar/Acara Trek
Jurulatih Permainan Bola Baling L15 dan L18
Pengadil Bola Baling MSSD

En. Muhammad Fitri bin Abu Hassan Asari
Ketua Jurulatih Balapan dan Padang 2011 hingga sekarang
Jurulatih Acara Trek/Acara Lompatan
Jurulatih Permainan Hoki L18/Bola Sepak L15

Puan Na Pey Chee
Ketua Jurulatih Balapan dan Padang SMKDSE 2000 hingga 2010
Jurulatih Acara Trek
Jurulatih Merentas Desa
Penolong Jurulatih Akuatik/Bola Tampar P18

Tuan Haji Ramli bin Haji Ibrahim
Setiausaha Sukan SMKDSE 2005 hingga sekarang
Pengurus Kontinjen Balapan dan Padang SMKDSE 2005 hingga sekarang
Jurulatih Acara Balingan/Hepta & Penta
Jurulatih Permainan Kriket/Sofbol
Jurulatih Kriket MSSD Batu Pahat
Pengadil Kriket MSSD

Jaguh dan Semangat Juang SMKDSE

Langkah dihayun dengan tekad dan semangat juang yang terbilang
"SMKDSE GEMILANG"

Jika gigih berusaha pasti berjaya

Hidup mesti bersaudara, mesra dan ceria sentiasa

Setinggi mana rintangan pasti dilepasi ........

Sebanyak mana halangan akan dilalui ......

Sejauh mana jarak akan diharungi ..............



"ONE SCHOOL ONE DREAM"

Acara Guru 4 X 100 meter

Siap sedia membakar trek dengan larian berkuasa.........

Cikgu Zulkeply dan cikgu Fairdaus serius merenung nasib.....

Gelagat Jurulatih SMKDSE

Semak keputusan online???? ada kalanya CEMAS. Sri Gading memintas kedudukan pingat. Huru-hara khemah kontinjen......

Nih heroin statistik......bukan duduk saja-saja tak ade keja??? Statistik melaporkan keputusan tepat???? nih tengah kira jari kaki nak tau pungutan mata.......syhhh

Memang sah kita dah berjaya, buku laporan dah ada bukti nih. Mari semak.... keputusan.

Dah berapa emas???perak...???? gangsa??? mata terkumpul???? itulah agak yang ditanya ketua kontinjen pada jurulatih?

Apa lagi yang TAK puas ati nih??? Kurang 3 pingat..... cukuplah dengan 27 je taun nie.

Tenang menanti keputusan dengan penuh debaran

Tn. Hj. Fauzan Sukimi bersalaman sambil mengucapkan taniah kepada jurulatih