free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, August 19, 2008

Perlawanan Persahabatan SMKDSE vs SMKTBP

Tarikh : 26 Ogos 2008
Hari : Selasa
Masa : 5.00 ptg.
Tempat :Padang SMK Tinggi Batu Pahat

Satu perlawanan persahabatan bola sepak lelaki 14 tahun antara pasukan SMKDSE dengan SMK Tinggi Batu Pahat akan diadakan, sebagai persiapan akhir dalam menghadapi pertandingan Bola Sepak L14 MSSM Daerah Batu Pahat 2008, bertempat di SMK Dato Seth.

Tuesday, August 5, 2008

Tahniah Buat Pasukan Sukan Senam Robik SMKDSE

Tarikh : 5 Ogos 2008
Hari : Selasa
Temapat : BP Mall

Pasukan SMK Dato' Syed Esa telah menduduki tempat ke-4.
Pertandingan ini yang julung kali dianjurkan oleh JKD Pendidikan Jasmani
dan Pedidikan Kesihatan Daerah Batu Pahat telah mendapat sambutan yang
menggalakkan. Di mana sebanyak 24 buah sekolah telah menyertainya.

Syabas dan tahniah.

Tuesday, June 10, 2008

HARI KOKURIKULUM 2008

Hari Kokurikulum 2008
Tarikh : 5 Julai 2008
Tarikh Pendaftaran Permainan : 11 Jun 2008
Tarikh Tutup Pendaftaran : 26 JUN 2008

Senarai nama guru yang menguruskan pendaftaran permainan :

1. Futsal - En Azman Bakri
2. Kuiz Kemerdekaan - En Idris Abdul Majid
3. Pertandingan Bercerita - Cik Zubaidah Md Said
4. Gubahan : Pn Hasiah Bahari
5. Kaligrafi Cina - En Tan Gee Ban
6. Mencipta Logo Sekolah - Pn Suhailah Mustappa
7. Menghafaz ayat lazim - Ustaz Jasmi Saadon
8. Nyanyian Solo - Pn Rasidah Mohd Noh
9. Tarian (melayu, cina, india) - Cik Vigneshwari
10. Bola Keranjang - En Tan Kiang Kong
11. Bola Jaring - Cik Norazah Buang
12. Badminton - En Mazdi Abdullah
13. Catur - Pn Hjh Hamisah Ibrahim
14. Petanque - En Soh Swee Hock
15. Treasure Hunt (Mencari Harta Karun) - En Tan Joon Yong
16. Kawad Kaki - En Zulkiply Talib
17. Pidato - Pn Kalsom Haron

Semua penyertaan kalah atau menang akan mendapat sijil penyertaan.
Hadiah berdasarkan jenis pertandingan.
Sila rujuk pada guru-guru di atas.
Tarikh tutup pendaftaran pada 26 Jun 2008.

Selamat Berkokurikulum....

Monday, May 5, 2008

JASAMU TETAP DIKENANG

Seorang tokoh pengiat, penyokong dan pengasas sukan di SMKJKA telah berpindah sekolah kerana perubahan perjawatannya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada "orang kuat sukan" encik Mod Halid bin Abu Yamin. Beliau merupakan seorang yang banyak berkorban dan menyumbang ke arah kecemerlangan sukan permainan SMKJKA.
Beliau merupakan pelopor sukan skuasy di SMKJKA dan
telah dilantik sebagai Pengerusi Teknik Skuasy
daerah Batu Pahat sejak 2006 hingga sekarang.
Mungkin tidak ramai yang mengenalinya, tetapi kesabaran dan daya usaha gigih beliau telah memberi kesenangan dan kejayaan
untuk orang lain........
Baktimu tetap diingati selalu.
TERIMA KASIH encik Mod.

Friday, April 25, 2008

Pasukan Bola Tampar Perempuan 18 Tahun SMKJKA Giat Berlatih

Dibawah bimbingan jurulatih encik Ng Kang Hock,
pasukan ini telah mula terlibat secara aktif melalui penyertaan sulungnya
pada pertandingan bola tampar MSSMDBP pada tahun 2007.
Pada tahun ini mereka telah membuat persediaan selama sebulan lebih awal,
dalam matlamat menjadi johan daerah pada tahun 2008.
Semoga hasrat pasukan bola tampar perempuan 18 menjadi realiti.
"GEMILANG SMKJKA"

Kelab Olahraga Akan Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat

Tarikh : 26 April 2008
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Gunung Banang, Batu Pahat
Anjuran : Kelab Olahraga
Penyertaan : 40 peserta dan 5 guru pengiring

Syabas kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Olahraga yang akan
mengadakan program di atas bagi memastikan ahli mendapat aktiviti
yang bermanfaat, memberi cabaran dan kepuasan. Aktiviti seperti ini
adalah julung-julung kali diadakan sejak kelab ini ditubuhkan pada
awal tahun 2007.

Monday, April 21, 2008

Keputusan Bola Sepak L15

Tarikh : 9-10 Apr. 2008

Perlawanan Kumpulan C : di padang SMK Sri Gading

SMKJKA lwn SMK Sri Gading = 0-2
SMKJKA lwn SMK Datin Onn = 3-0
SMKJKA lwn SMKTMI = 1-1
SMKJKA lwn MRSM = 1-1
SMKJKA lwn SMK Semerah = 1-1


Keputusan :
Memungut 8 mata (tidak layak ke suku akhir)

Monday, March 24, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Johor Ke-41Tahun 2008

Tarikh : 26 hingga 29 Mac 2008
Tempat : Stadium Kulai Jaya
Bilangan Pegawai : 31 orang
Peserta : 132 orang

Latihan pusat telah diadakan dari 17 hingga 24 Mac
bertempat di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
Pegawai dari SMKJKA terdiri daripada;
Tn. Hj. Mohd Ta'at b. Kasran - Ketua Pengurus
En. Ramli b. Hj. Ibrahim - Penolong Jurulatih
Pn. Sit Chen Yeen - Penolong Jurulatih
Atlet SMKJKA terpilih terdiri;
Pua Ling En
Candy Tan Sue Chin
Pua Ling Zheng
Pua Ling Ting
Low Sze Minn
Joan Gan Sze Chia
Kek Siang Mei
Woon Ee Ning
Lim Yon Fong

"BATU PAHAT GEMILANG"

Thursday, March 6, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 6 Mac 2008
Hari : Khamis
Tempat : Stadium Jln. Ampuan, Batu Pahat



Keceriaan para jurulatih dan atlet


Kontinjen SMKJKA bersama hadiah kemenangan



"SMKJKA GEMILANG"


Sekali lagi detik kejayaan diabadikan pada petang ini,
acara 4x400m Lelaki 18 tahun menjadi
tirai penutup kuartet SMKJKA merangkul pingat emas ke-28,
yang melengkapkan status penyandang "JOHAN KESELURUHAN",
Kejohanan Olahraga MSSMDBP buat tujuh tahun berturut-turut.


Syabas dan Tahniah kepada
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir,
GPK Kokurikulum, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa
dan semua atlet yang telah memberi sokongan serta
kerjasama padu bagi menjadikan kejayaan ini satu realiti.


TERIMA KASIH SEMUA.

Wednesday, March 5, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 5 Mac 2008
Hari : Rabu (hari ketiga)

Sehingga pukul 6.30 ptg. ini, SMKJKA telah berjaya merangkul
11 pingat emas (menduduki tempat pertama)
Namun jumlah pingat dijangkakan terus bertambah
menjelang acara pertama awal pagi hari terakhir esok.

Untuk makluman, johan keseluruhan ditentukan berdasarkan
pungutan pingat emas bukan berdasarkan pungutan markah.

Sunday, March 2, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali Ke-41 Tahun 2008

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin -Khamis
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Kontinjen SMKJKA
Sasaran : 30 pingat emas
Misi : Mempertahan gelaran Johan Keseluruhan
Kejohanan Olahraga MSSMDBP

Ketua Kontinjen : Tn. Hj. Mohd Ta'at Kasran, GPK Kokurikulum SMKJKA
Pengurus : En. Ramli Ibrahim, S.U. Sukan
Ketua Jurulatih : Cik Na Pey Chee
Penyertaan : 71 orang atlet dan 10 orang pegawai

Tuesday, February 26, 2008

TAhniah kepada Ratu Golf SMKJKA

Kelly Tan sekali lagi telah mencipta kejayaan apabila telah menjadi juara
pada kejohanan golf MSSM Negeri Johor yang diadakan di Kukup Golf Club,
dan akan terbang ke Sarawak bagi menyertai kejohanan MSSM
mewakili negeri Johor. Pencapaian seterusnya beliau turut
menyandang juara pada kejohanan Golf Sukan Jemputan Danga Bay 2008.

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali ke-41 Tahun 2008

Kontinjen Olahraga SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat sedang
giat membuat latihan pusat bagi menyertai kejohanan
tersebut yang akan dijalankan sperti butiran berikut :
Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin hingga Khamis (4 hari)
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Sunday, February 24, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKJKA Ke-34 Tahun 2008

Tarikh : 21 Feb. 2008
Hari : Khamis

Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi Pengetua SMKJKA sedang menyampaikan ucapan.


Sambutan secara sederhana tetapi Sangat Meriah....???

Keputusan : Pasukan Mars Johan Keseluruhan

Tuesday, February 19, 2008

Kuartet SMKJKA Muncul Juara

Tarikh : 19 Feb. 2008
Tempat : SM Tinggi Batu Pahat

Atlet SMKJKA telah bertandang ke padang SM Tinggi Batu Pahat
bagi menyertai Acara Jemputan 4x100 meter (Lelaki) sempena
Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-64. Keputusan penuh seperti berikut;

Johan : SMK Jalan Kolam Air (48.04 s)
Naib Johan : SMK Munshi Sulaiman
Ketiga : SMK Dato Bentara Luar

Thursday, February 14, 2008

Laporan Sukan Kecil 2008

Tarikh : 14 Feb. 2008
Hari : Khamis (hari kedua)

Beberapa rekod baru dicipta.... pastikan anda mengikuti beritanya.

Tuesday, February 12, 2008

Sukan Kecil Kejohanan Olahraga SMKJKA Ke-34 Tahun 2008

Tarikh : 13 hingga 15 Feb. 2008
Hari : Rabu hingga Jumaat
Tempat : Padang SMKJKA, Batu Pahat

Semua pihak telah bersiap sedia bagi menjalankan Sukan Kecil,
para pegawai telah diberi taklimat oleh GPK Kokurikulum,
Tn. Hj. Mohd Ta'at Kasran pada 12 Feb. 2008.
Persiapan yang rapi telah dibuat, namun disat-saat akhir,
terdapat juga perubahan jadual acara yang perlu diubah suai
bagi memastikan acara Sukan Kecil berjalan dngan lancar.

Saturday, February 9, 2008

Keputusan Sukantara SMKJKA 2008


Kedudukan Mata Keseluruhan

Johan Neptun [ 602 ]

Naib Johan Venus [ 594 ]

Ketiga Mars [ 567 ]

Keempat Mercury [ 519 ]

Tuesday, February 5, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

" GONG XI FA CHAI"
Selamat menyambut tahun baru kepada semua guru
dan para pelajar SMKJKA berketurunan cina
semoga tahun tikus (2008) membawa keberkatan,
dipanjangkan umur dan keberuntungan.

Friday, February 1, 2008

Pungutan Mata Sukantara 2008 : Sidang Dua


Tarikh : 30 Jan. 2008
Hari : Rabu

Kedudukan mengikut jumlah mata keseluruhan
(sesi pagi dan petang)


Rumah Mars - 255

Rumah Neptum - 291

Rumah Venus - 286

Rumah Mercury - 270

Thursday, January 31, 2008

Kejohanan Road Run MSSM Daerah Batu Pahat


Tarikh : 1 Februari 2008
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Tengku Mahmood Iskandar, Pt. Saidi


SMKJKA akan menghantar seramai 4o orang atlet.
Semua atlet yang memenangi tempat 1 hingga 10
Road Run Peringkat SMKJKA telah terpilih secara rasmi.

Syabas dan semoga semua peserta berjaya mendapat tempat
dan membawa pulang kejayaan cemerlang.

Pungutan Mata Sukantara 2008 : Sidang Satu


Tarikh : 29 Jan. 2008
Hari : Selasa

Kedudukan mengikut jumlah mata keseluruhan

(sesi pagi dan petang)

Rumah Mars - 312

Rumah Neptun - 311

Rumah Venus - 308

Rumah Mercury - 249

Tuesday, January 29, 2008

SMKJKA Road Run 2008


Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada
semua guru dan para pelajar
yang telah terlibat dan menjayakan
Road Run 2008.

Sumbangan anda tetap dihargai.....

Tuesday, January 22, 2008

Demam Sukan Dah Bermula


Semua pelajar dan guru SMKJKA telah mula menjalankan aktiviti
latihan rumah sukan bagi tahun 2008.
Yang menarik kali ini nama rumah sukan telah ditukar baru :

Gelaran tokoh kepada nama planet

Kuning (Ibrahim) kepada Mercury
Hijau (Abu Bakar) kepada Neptun
Merah (Ibrahim) kepada Mars
Biru (Ismail) kepada Venus


Friday, January 4, 2008

Selamat Kembali ke Sekolah : Para Atlet 2008

Syabas kepada pasukan olehraga yang telah mengharungi masa cuti
bulan Dis. 2007 dengan latihan persediaan menyertai
Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat 2008 lebih awal.
Diikuti oleh pasukan bola sepak bwh. 18 yang dah memanaskan badan
pada 3 Jan. lalu. Semoga semangat dan pengorbanan anda semua
akan berbaloi serta membuahkan hasil kelak.
"Pelajar Aktif Minda Progresif"