free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Wednesday, July 7, 2010

PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMKDSE


Keputusan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Johor Ke-10


Kategori Lelaki Senior
Ikhmal b. Hashim - 100M & 100M (Emas)/Lompat Jauh (Gangsa)
Muhamad Arif Abdul Rahman - 4x100 (Emas)/200M & 400M (Perak)

Kategori Perempuan Senior
Nur Fazdila Shamsudin - Lompat Jauh (Perak)


Keputusan Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat

Kategori Lelaki SM
Lim Chin Sheng - Emas

Kategori Perempuan SM
Nur Fazdila Shamsudin - Emas

Tuesday, July 6, 2010

Mesyuarat Penyelaran Jawatankuasa Majlis Santapan Gemilang SMK Dato' Syed Esa


Julung-julung kalinya satu jamuan makan akan dianjurkan bagi merai serta mengenang jasa para atlet dan tokoh-tokoh guru yang telah berbakti untuk kecemerlangan sukan sekolah.

Secara tidak langsung pengiktirafan dapat diberi kepada atlet atau individu yang menyokong bidang sukan sehingga menjulang nama dan imej SMK Dato' Syed Esa sebagai sekolah BITARA SUKAN.

Monday, July 5, 2010

Kelly Tan Juara Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin

CABARAN Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) yang membabitkan pemain di bawah umur 21 tahun terus menampilkan bakat baru dalam sukan itu di negara ini.

Pada kejohanan selama tiga hari di Kelab Golf Glenmarie baru-baru ini, pemain remaja kebangsaan Gavin Kyle Green muncul juara kategori lelaki. Untuk kategori perempuan pula menjadi milik Kelly Tan Guat Chen.

Kelly pula mencatatkan rekod lapangan dengan catatan 62 pukulan pada hari kedua untuk keseluruhan 206 pukulan mengatasi juara tahun lalu Ainil Johani Abu Bakar di tempat kedua dengan kelebihan empat pukulan.

Pasukan Bola Baling Lelaki Bwh. 15 Th. SMKDSE Johan MSSD Batu Pahat

Tarikh : 30 Jun hingga 1 Julai 2010
Hari : Khamis - Jumaat
Tempat : SMK Penghulu Saad, Batu Pahat

Johan Lelaki Bawah 15 Tahun

Senarai Pemain : Muhamad Haziq Zamani (Ketua pasukan), Mohmad Zhairul Faris Jumari, Muhammad Hilmi Hashim, Mohamad Adib Aizat Zailani, Muhammad Ramdan Mohd Mastor, Muhamed Taufiq Qurib, Muhammad Khairul Syamim Hamid, Muhamad Rusyid Mustapa, Zulfakar Mohd Salleh, Muhammad Aiman Syakir Mohd Yusof, Muhd Ezuan Saipon dan Muhd Akmal Ariff Soulihin.

Anugerah Penjaring Terbanyak - Muhamad Haziq Zamani