free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, April 10, 2012

Penyertaan Pertandingan Kriket lelaki B18 Th. MSSDBP Tahun 2012

Sehingga tarikh tutup penyertaan pada 11 April 2012, sebanyak 6 pasukan mengesahkan penyertaan termasuk tuan rumah.

Kumpulan A

SMK Dato' Syed Esa

SM Tinggi Batu Pahat

SMK Seri Medan


Kumpulan B

SMK Semerah

SMK Tun Ismail

SMK Dato' Onn

Pertandingan Kriket Lelaki B18 Th. MSSD Batu Pahat Tahun 2012

SMKDSE telah terpilih untuk menjadi tuan rumah buat kali ke-2. Kepercayaan MSSDBP telah memberi ruang untuk pihak pentadbir melakukan persiapan awal waulau pun sibuk dengan kalender sukan lain dan program daerah.

Pertandingan ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 12 dan 13 April 2012

Hari : Khamis - Jumaat

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg.

Tempat : Padang SMKDSE


Debaran Atlet SMKDSE mewakili MSSDBP ke Kejohanan Balapan & Padang MMS Johor 2012

Taniah kepada atlet dan para jurulatih/pegawai SMKDSE yang menyertai kontinjen MSSDBP, semoga penyertaan anda menggegarkan stadium Kluang serta membawa kejuaraan kepada daerah Batu Pahat.

SEMOGA BERJAYA

Tuesday, March 27, 2012

Semangat Juang Kental Atlet SMKDSE

Bersemangat kontinjen perbarisan SMKDSE ... syabas

Meluru pantas ke garisan penamat "larian emas"

Hayunan pingat perak



Friday, March 23, 2012

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Ke-45 MSSD Batu Pahat

SMKDSE JUARA KESELURUHAN

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

(mempertahankan gelaran buat kali ke-11 berturut-turut)


taniah buat pengetua, para jurulatih & guru pengiring serta para atlet SMKDSE yang terlibat secara langsung.

Wednesday, March 21, 2012

Liputan Foto Atlet SMKDSE hari ke-2 Kejohanan Padang & Balapan MSSD BP

Ratu cakera SMKDSE .... emas Kategori P18

Lompatan dalam memburu pingat

Lontaran bertenaga atlet P13

Acara lari berpagar, ratu penta SMKDSE memberi tentangan sengit

Tunjuk ajar sifu, ketua jurulatih SMKDSE



Tuesday, March 20, 2012

Pasukan L18 Tahun 2012

Gabungan yang lama dan yang muda.

Pungutan Pingat Kejohanan Balapan & Padang MSSD BP ke-45 (Hari Pertama)

Tarikh : 20 Mac 2012 (Selasa)

2 emas/ 1 perak/0 gangsa - SMK Seri Gading

1 emas/3 perak/1 gangsa - SMK Dato' Syed Esa

1 emas/ 1 perak/ 1 gangsa - SMK Dato' Onn

1 emas/ 1 perak/ 0 gangsa - SMK Dato' Sulaiman

1 emas/ 1 perak/ 0 gangsa - SMK Datin Onn Jaafar


Keputusan sehingga pukul 2.30 ptg (info Buletin Kejohanan)

Pencapaian Kontinjen Balapan & Padang SMKDSE Tahun 2012

27 pingat emas, 17 perak dan 13 pingat gangsa. Mata terkumpul keseluruhan 385.

Tempat ke-2 SMK Seri Gading 21 emas dan Ke-3 SMK Dato' Sulaiman 8 emas.


Mampukah pasukan SMKDSE mempertahankan kejuaraan bagi penyertaan pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat kali ke-45.

Keputusan SPM 2011

21 Mac 2012 (Rabu)

Keputusan Calon SPM 2011 akan diperolehi dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Diharapkan semua calon SPM 2011 SMKDSE, dan para atlet khususnya akan dapat memperolehi pencapaian yang cemerlang.

Sunday, March 18, 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD BATU PAHAT KE-45 TAHUN 2012

Tarikh : 20 hingga 23 Mac 2012

Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat