Tarikh : 16 - 18 Julai 2010
Tempat : Kulai Jaya dan Johor Bahru
Ikmal bin Hashim - 100 meter (Emas) / Lompat Jauh (Perak)
Muhamad Arif bin Abdul Rahman - 200 meter (Perak)
Mohd Amirul bin Yusof - Lontar Peluru (Perak)
Monday, July 26, 2010
Kejohanan Petanque Pendidikan Khas MSSD Batu Pahat 2010
Tarikh : 19 Mei 2010 (Khamis)
Tempat Padang Petanque, SMK Datin Onn, Batu Pahat
Nur Fazdila bt. Shamsudin - Emas
Kategori Senior Perempuan
Tempat Padang Petanque, SMK Datin Onn, Batu Pahat
Nur Fazdila bt. Shamsudin - Emas
Kategori Senior Perempuan
Thursday, July 22, 2010
PERSARAAN CIKGU TAN JOON YONG
22 JULAI 2010 sehari sebelum menyambut hari lahirnya
beliau telah diraikan oleh rakan sejawatan serta para pelajar SMKDSE
dalam satu majlis istimewa tetapi penuh bermakna
sebagai seorang penjawat awam (guru) iaitu pesaraan rasmi.
SELAMAT BERSARA CIKGU
Tuesday, July 20, 2010
2010 : PENCAPAIAN GEMILANG KELLY TAN
Ratu golf SMKDSE menyinar lagi, apabila mengondol pingat emas dalam acara golf kategori wanita dalam Kejohanan Sukan Sekolah Asean 2010.
"SYABAS" "SYABAS" "SYABAS"
Friday, July 16, 2010
BELASUNGKAWA
Semua guru-guru serta seluruh warga SMK Dato' Syed Esa berkongsi simpati dan takziah kepada semua ahli keluarga al-marhumah cik Faridah binti Salim yang telah meninggal dunia pada 17 Julai 2010 (Sabtu).
Bersama-samalah kita mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga.
AL-Fatihah
Thursday, July 15, 2010
Syabas Kepada Semua Jawatankuasa Majlis Santapan Gemilang
Majlis Santapan Gemilang Unit Kokurikulum SMK Dato' Syed Esa telah berjalan dengan lancar dengan keunikan serta kegemilangannya tersendiri.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikannya.
Terima Kasih.
Wednesday, July 14, 2010
Anugerah Guru Berprestasi Tinggi - Tn Hj Taat bin Kasran
Pada Sabtu, 10 Julai 2010 bertempat di SK Parit Bilal, Bau Pahat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato Syed Esa, Tn Hj Taat bin Kasran telah diumumkan sebagai penerima anugerah :
GURU BERPRESTASI TINGGI
Anugerah julung kali diperkenalkan ini telah disampaikan oleh YB Dr Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Supaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, Tn Hj Shafie bin Mohd Sharif, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, manakala ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Batu Pahat (DUN Senggarang, DUN Rengit dan DUN Penggaram).
Semoga kejayaan tersebut akan meningkatkan semangat beliau untuk menyumbangkan idea dan tenaga demi mencapai kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa di sekolah, daerah, negeri malah negara.
Untuk pengetahuan semua, hanya 5 orang guru sahaja yang terpilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam itu.
Tahniah untuk Tn Hj Taat daripada kami, Unit Sukan SMK Dato Syed Esa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
