free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Wednesday, July 14, 2010

Anugerah Guru Berprestasi Tinggi - Tn Hj Taat bin Kasran


Pada Sabtu, 10 Julai 2010 bertempat di SK Parit Bilal, Bau Pahat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato Syed Esa, Tn Hj Taat bin Kasran telah diumumkan sebagai penerima anugerah :

GURU BERPRESTASI TINGGI

Anugerah julung kali diperkenalkan ini telah disampaikan oleh YB Dr Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Supaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, Tn Hj Shafie bin Mohd Sharif, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, manakala ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Batu Pahat (DUN Senggarang, DUN Rengit dan DUN Penggaram).

Semoga kejayaan tersebut akan meningkatkan semangat beliau untuk menyumbangkan idea dan tenaga demi mencapai kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa di sekolah, daerah, negeri malah negara.

Untuk pengetahuan semua, hanya 5 orang guru sahaja yang terpilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam itu.

Tahniah untuk Tn Hj Taat daripada kami, Unit Sukan SMK Dato Syed Esa.

No comments: