free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, May 3, 2011

Tokoh Sukan SMKDSE 2011

Ratu Catur SMKDSE ......... sebutir bintang yang gemilang

Pua Ling Ting pelajar aliran sains sukan menempa nama dalam sukan balapan dan padang

"Arigato"..... Muhammad Izuddin mewakili Pasukan Kriket

Saturday, April 30, 2011

Majlis Anugerah Inovasi SMKDSE 2011

Anugerah Tokoh Kokurikulum

Olahragawan 2010 - Ong Zheng Shen

Olahragawati 2010 - Pua Ling Ting


Kepimpinan Kokurikulum Terbaik 2010

Unit Beruniform : Chan Li Sen (Pengakap)

Persatuan dan Kelab : Tan Sin Yee (Kelab Leo)

Sukan dan Permainan : Kwan Tszee Yeung (Catur & Olahraga)


Badan Beruniform Terbaik 2010 PBSMM

Kelab/Persatuan Terbaik 2010 - Persatuan Bahasa Cina

Permainan Terbaik 2010 - Pasukan Kriket

Thursday, April 28, 2011

Gambar Pua Ling Ting Terpapar di Banting MSSJ 2011 : Satu Penghargaan buat Atlet SMKDSE



Satu penghargaan untuk warga atlet SMK Dato Syed Esa apabila gambar Pua Ling Ting yang dipaparkan di blog ini ada terdapat di banting MSSJ yang telah berlangsung baru-baru ini di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Ini bermakna, ramai juga yang menjadi pelawat blog sukan SMKDSE ini. Terima kasih.

Sesungguhnya kami amat berbangga dengan bentuk penghargaan tersebut.


Saturday, April 16, 2011

Kontinjen Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat Telah Bertolak Ke Larkin Johor Bahru

Semua atlet balapan dan badang MSSD Batu Pahat seramai 133 orang telah bertolak dari destinasi masing-masing pada pagi ini 16 Apr. 2011. Dua buah bas terakhir bertolak dari Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat turut membawa atlet SMKDSE pada pukul 10.55 pagi.

Pergerakan bas atlet dengan diiringi para jurulatih akan terus ke lokasi perkampungan atlet MSSD Batu Pahat di SK Larkin (2). Jadual di sebelah petang pula sesi warm-up serta penyesuaian trek dan padang untuk atlet.

Semoga penyertaaan tahun 2011 dapat mencapai kejayaan terbilang buat kontinjen MSSDBP.

Wednesday, April 13, 2011

SMKDSE Terus Unggul 2011

Keratan Akhbar Berita Harian 13 Apr. 2011 (Rabu).

Syabas buat kontinjen Balapan dan Padang di atas kejayaan anda mengharumkan nama sekolah.
Tahniah.....tahniah...........tahniah..............

Saturday, April 9, 2011

Tokoh di belakang tabir merealisasi kejayaan pasukan balapan dan padang SMKDSE

Cik Norlida tetap dan berpencen sebagai pegawai data maklumat kontinjen

Cik Sri Yusrina serasi sebagai caperon kontinjen

Jurulatih acara balingan/lontaran

Pengurus longistik

Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan para atlet

Takziah buat keluarga Almarhum Muhamad Afiq Mohd Kharudden dan Almarhum Muhammad Faeez Hassan Mohd Yahya


Seorang yang menghormati guru, gigih berusaha dan minat bersukan

Aktif bersukan dalam permainan hoki, futsal, sepak takraw dan bola sepak





Thursday, April 7, 2011

Pasukan Hoki Perempuan B18 SMKDSE

Taniah kepada pasukan hoki perempuan B18 yang sudi menyahut cabaran dan dapat menubuhkan sebuah pasukan barisan muda untuk bertanding di peringkat MSSD 2011. Walau pun tidak banyak masa untuk membuat persediaan (latihan). Pasukan ini mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan yang lebih senior serta berpengalaman dari sekolah lain.