free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, June 25, 2010

PROGRAM SINAR GEMILANG 2010

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 pg. - 1.00 ptg.

Program ini adalah gabungan Hari Keusahawanan, Hari Terbuka dan
Penutupan Minggu Koperasi Sekolah

Kelab Kriket turut mengambil bahagian membuka gerai jualan.
Jangan lupa untuk singgah dan membeli sebagai
tanda sokongan anda kepada kelab ini.

Tn. Hj. Fauzan pun mengambil peluang berbelanja di gerai Kelab Kriket

Tn. Hj. Mohd Ta'at sedang berurusan di pusat penjualan kupon

Pemandangan sekitar gerai kelab Olahraga dan kelab Bola Tampar

yang berniaga semuanya atlet berkaliber........

Thursday, June 24, 2010

Pertandingan Bola Baling Bwh. 15 Tahun MSSMD Batu Pahat

Tarikh : 30 Jun hingga 1 Julai 2010
Tempat : SMK Penghulu Saad, Batu Pahat

Pemilihan untuk pasukan lelaki & perempuan SMKDSE akan di adakan pada 23 dan 24 Jun 2010 pukul 5.00 ptg. bertempat di padang SMKDSE.

Sesiapa yang berminat dijemput hadir.

Monday, June 21, 2010

ATLET SMKDSE GEMILANG DI SUKMA 2010

Bertempat di negeri Melaka sebagai pentas pertarungan JAGUH MALAYSIA, atlet SMKDSE tidak ketinggalan menabur bakti untuk daerah dan negeri Johor.

Kehebatan atlet dibuktikan dengan menyumbangkan koleksi pingat untuk kontinjen Johor iaitu;

KELLY TAN - Sukan Golf (kategori Individu & Berpasukan) :
PINGAT EMAS

ONG ZHENG SHEN - Sukan Menembak (25 m Standart Pistol Berpasukan) :
PINGAT GANGSA

KEJAYAAN ATLET SMKDSE MENJULANG NAMA DAERAH BATU PAHAT DI PERINGKAT KEBANGSAAN


Stadium Larkin menjadi arena pertarungan atlet Balapan dan Padang MSSM dari 18 hingga 25 Mei 2010. Namun bila tirai dilabuh kontinjen Negeri Johor hanya mampu memduduki Naib Johan di belakang Sarawak.

Atlet SMKDSE tidak ketinggalan menyumbang pingat untuk Negeri Johor

Pua Ling Ting - acara 5 km Jalan Kaki (EMAS)
Pua Ling En - acara 3 km Jalan Kaki (PERAK)
Candy Tan - acara 4x100m & 4x400m (EMAS)
Wendy Low - acara 4x400m (EMAS)

Saturday, June 19, 2010

JUARA SUKMA 2010

TERENGGANU JOHAN KESELURUHAN

Gah ... negeri pantai timur mempertahankan kejuaraannya berturut-turut, satu contoh semangat dan usaha yang boleh dijadikan contoh serta model kepada pasukan sukan permainan SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat.
TAHNIAH kepada kontinjen negeri Terengganu.

Thursday, June 17, 2010

PENGANJURAN SUKMA 2010



Kepada atlet SMKDSE yang terpilih mewakili negeri Johor kami ucapkan,

"SELAMAT BERJUANG"

Taniah Di atas Pelancaran Blog Sains Sukan SMKDSE

TAHNIAH

Pihak pentadbiran mengucapkan syabas di atas pelancaran Blog Sains Sukan SMKDSE, semoga terus menjana info terkini dan menyalur pengetahuan kepada para pelawat/bloger.

Monday, May 24, 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM 2010

Sorotan berita Harian Metro 20 Mei 2010 tentang kejayaan atlet kelahiran SMK Dato' Syed Esa bersama-sama ahli kontinjen Negeri Johor dalam sasaran merampas takhta kejuaraan MSSM.
Tahniah buat Pua Ling Ting yang memperolehi pingat Emas dalam MSSM melalui acara jarak jauh wanita B-18, dengan mencatat masa 29 minit 29.91 saat dalam acara 5,000m. Johor memerolehi 11 emas, satu daripadanya disumbangkan oleh atlet SMKDSE ini. Tahniah...Anda memang gemilang!!

Keputusan :
Pua Ling Ting
Emas MSSM 2010 - Lari 5000m B-18

http://www.hmetro.com.my/articles/Johor_Sarawakterikat/Article/