free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, August 5, 2008

Tahniah Buat Pasukan Sukan Senam Robik SMKDSE

Tarikh : 5 Ogos 2008
Hari : Selasa
Temapat : BP Mall

Pasukan SMK Dato' Syed Esa telah menduduki tempat ke-4.
Pertandingan ini yang julung kali dianjurkan oleh JKD Pendidikan Jasmani
dan Pedidikan Kesihatan Daerah Batu Pahat telah mendapat sambutan yang
menggalakkan. Di mana sebanyak 24 buah sekolah telah menyertainya.

Syabas dan tahniah.

Tuesday, June 10, 2008

HARI KOKURIKULUM 2008

Hari Kokurikulum 2008
Tarikh : 5 Julai 2008
Tarikh Pendaftaran Permainan : 11 Jun 2008
Tarikh Tutup Pendaftaran : 26 JUN 2008

Senarai nama guru yang menguruskan pendaftaran permainan :

1. Futsal - En Azman Bakri
2. Kuiz Kemerdekaan - En Idris Abdul Majid
3. Pertandingan Bercerita - Cik Zubaidah Md Said
4. Gubahan : Pn Hasiah Bahari
5. Kaligrafi Cina - En Tan Gee Ban
6. Mencipta Logo Sekolah - Pn Suhailah Mustappa
7. Menghafaz ayat lazim - Ustaz Jasmi Saadon
8. Nyanyian Solo - Pn Rasidah Mohd Noh
9. Tarian (melayu, cina, india) - Cik Vigneshwari
10. Bola Keranjang - En Tan Kiang Kong
11. Bola Jaring - Cik Norazah Buang
12. Badminton - En Mazdi Abdullah
13. Catur - Pn Hjh Hamisah Ibrahim
14. Petanque - En Soh Swee Hock
15. Treasure Hunt (Mencari Harta Karun) - En Tan Joon Yong
16. Kawad Kaki - En Zulkiply Talib
17. Pidato - Pn Kalsom Haron

Semua penyertaan kalah atau menang akan mendapat sijil penyertaan.
Hadiah berdasarkan jenis pertandingan.
Sila rujuk pada guru-guru di atas.
Tarikh tutup pendaftaran pada 26 Jun 2008.

Selamat Berkokurikulum....

Monday, May 5, 2008

JASAMU TETAP DIKENANG

Seorang tokoh pengiat, penyokong dan pengasas sukan di SMKJKA telah berpindah sekolah kerana perubahan perjawatannya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada "orang kuat sukan" encik Mod Halid bin Abu Yamin. Beliau merupakan seorang yang banyak berkorban dan menyumbang ke arah kecemerlangan sukan permainan SMKJKA.
Beliau merupakan pelopor sukan skuasy di SMKJKA dan
telah dilantik sebagai Pengerusi Teknik Skuasy
daerah Batu Pahat sejak 2006 hingga sekarang.
Mungkin tidak ramai yang mengenalinya, tetapi kesabaran dan daya usaha gigih beliau telah memberi kesenangan dan kejayaan
untuk orang lain........
Baktimu tetap diingati selalu.
TERIMA KASIH encik Mod.

Friday, April 25, 2008

Pasukan Bola Tampar Perempuan 18 Tahun SMKJKA Giat Berlatih

Dibawah bimbingan jurulatih encik Ng Kang Hock,
pasukan ini telah mula terlibat secara aktif melalui penyertaan sulungnya
pada pertandingan bola tampar MSSMDBP pada tahun 2007.
Pada tahun ini mereka telah membuat persediaan selama sebulan lebih awal,
dalam matlamat menjadi johan daerah pada tahun 2008.
Semoga hasrat pasukan bola tampar perempuan 18 menjadi realiti.
"GEMILANG SMKJKA"

Kelab Olahraga Akan Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat

Tarikh : 26 April 2008
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Gunung Banang, Batu Pahat
Anjuran : Kelab Olahraga
Penyertaan : 40 peserta dan 5 guru pengiring

Syabas kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Olahraga yang akan
mengadakan program di atas bagi memastikan ahli mendapat aktiviti
yang bermanfaat, memberi cabaran dan kepuasan. Aktiviti seperti ini
adalah julung-julung kali diadakan sejak kelab ini ditubuhkan pada
awal tahun 2007.

Monday, April 21, 2008

Keputusan Bola Sepak L15

Tarikh : 9-10 Apr. 2008

Perlawanan Kumpulan C : di padang SMK Sri Gading

SMKJKA lwn SMK Sri Gading = 0-2
SMKJKA lwn SMK Datin Onn = 3-0
SMKJKA lwn SMKTMI = 1-1
SMKJKA lwn MRSM = 1-1
SMKJKA lwn SMK Semerah = 1-1


Keputusan :
Memungut 8 mata (tidak layak ke suku akhir)

Monday, March 24, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Johor Ke-41Tahun 2008

Tarikh : 26 hingga 29 Mac 2008
Tempat : Stadium Kulai Jaya
Bilangan Pegawai : 31 orang
Peserta : 132 orang

Latihan pusat telah diadakan dari 17 hingga 24 Mac
bertempat di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
Pegawai dari SMKJKA terdiri daripada;
Tn. Hj. Mohd Ta'at b. Kasran - Ketua Pengurus
En. Ramli b. Hj. Ibrahim - Penolong Jurulatih
Pn. Sit Chen Yeen - Penolong Jurulatih
Atlet SMKJKA terpilih terdiri;
Pua Ling En
Candy Tan Sue Chin
Pua Ling Zheng
Pua Ling Ting
Low Sze Minn
Joan Gan Sze Chia
Kek Siang Mei
Woon Ee Ning
Lim Yon Fong

"BATU PAHAT GEMILANG"

Thursday, March 6, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 6 Mac 2008
Hari : Khamis
Tempat : Stadium Jln. Ampuan, Batu Pahat



Keceriaan para jurulatih dan atlet


Kontinjen SMKJKA bersama hadiah kemenangan



"SMKJKA GEMILANG"


Sekali lagi detik kejayaan diabadikan pada petang ini,
acara 4x400m Lelaki 18 tahun menjadi
tirai penutup kuartet SMKJKA merangkul pingat emas ke-28,
yang melengkapkan status penyandang "JOHAN KESELURUHAN",
Kejohanan Olahraga MSSMDBP buat tujuh tahun berturut-turut.


Syabas dan Tahniah kepada
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir,
GPK Kokurikulum, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa
dan semua atlet yang telah memberi sokongan serta
kerjasama padu bagi menjadikan kejayaan ini satu realiti.


TERIMA KASIH SEMUA.