free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, March 24, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Johor Ke-41Tahun 2008

Tarikh : 26 hingga 29 Mac 2008
Tempat : Stadium Kulai Jaya
Bilangan Pegawai : 31 orang
Peserta : 132 orang

Latihan pusat telah diadakan dari 17 hingga 24 Mac
bertempat di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
Pegawai dari SMKJKA terdiri daripada;
Tn. Hj. Mohd Ta'at b. Kasran - Ketua Pengurus
En. Ramli b. Hj. Ibrahim - Penolong Jurulatih
Pn. Sit Chen Yeen - Penolong Jurulatih
Atlet SMKJKA terpilih terdiri;
Pua Ling En
Candy Tan Sue Chin
Pua Ling Zheng
Pua Ling Ting
Low Sze Minn
Joan Gan Sze Chia
Kek Siang Mei
Woon Ee Ning
Lim Yon Fong

"BATU PAHAT GEMILANG"

Thursday, March 6, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 6 Mac 2008
Hari : Khamis
Tempat : Stadium Jln. Ampuan, Batu Pahat



Keceriaan para jurulatih dan atlet


Kontinjen SMKJKA bersama hadiah kemenangan



"SMKJKA GEMILANG"


Sekali lagi detik kejayaan diabadikan pada petang ini,
acara 4x400m Lelaki 18 tahun menjadi
tirai penutup kuartet SMKJKA merangkul pingat emas ke-28,
yang melengkapkan status penyandang "JOHAN KESELURUHAN",
Kejohanan Olahraga MSSMDBP buat tujuh tahun berturut-turut.


Syabas dan Tahniah kepada
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir,
GPK Kokurikulum, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa
dan semua atlet yang telah memberi sokongan serta
kerjasama padu bagi menjadikan kejayaan ini satu realiti.


TERIMA KASIH SEMUA.

Wednesday, March 5, 2008

Laporan Kejohanan Olahraga MSSMD BP

Tarikh : 5 Mac 2008
Hari : Rabu (hari ketiga)

Sehingga pukul 6.30 ptg. ini, SMKJKA telah berjaya merangkul
11 pingat emas (menduduki tempat pertama)
Namun jumlah pingat dijangkakan terus bertambah
menjelang acara pertama awal pagi hari terakhir esok.

Untuk makluman, johan keseluruhan ditentukan berdasarkan
pungutan pingat emas bukan berdasarkan pungutan markah.

Sunday, March 2, 2008

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali Ke-41 Tahun 2008

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin -Khamis
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Kontinjen SMKJKA
Sasaran : 30 pingat emas
Misi : Mempertahan gelaran Johan Keseluruhan
Kejohanan Olahraga MSSMDBP

Ketua Kontinjen : Tn. Hj. Mohd Ta'at Kasran, GPK Kokurikulum SMKJKA
Pengurus : En. Ramli Ibrahim, S.U. Sukan
Ketua Jurulatih : Cik Na Pey Chee
Penyertaan : 71 orang atlet dan 10 orang pegawai

Tuesday, February 26, 2008

TAhniah kepada Ratu Golf SMKJKA

Kelly Tan sekali lagi telah mencipta kejayaan apabila telah menjadi juara
pada kejohanan golf MSSM Negeri Johor yang diadakan di Kukup Golf Club,
dan akan terbang ke Sarawak bagi menyertai kejohanan MSSM
mewakili negeri Johor. Pencapaian seterusnya beliau turut
menyandang juara pada kejohanan Golf Sukan Jemputan Danga Bay 2008.

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali ke-41 Tahun 2008

Kontinjen Olahraga SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat sedang
giat membuat latihan pusat bagi menyertai kejohanan
tersebut yang akan dijalankan sperti butiran berikut :
Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin hingga Khamis (4 hari)
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Sunday, February 24, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKJKA Ke-34 Tahun 2008

Tarikh : 21 Feb. 2008
Hari : Khamis

Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi Pengetua SMKJKA sedang menyampaikan ucapan.


Sambutan secara sederhana tetapi Sangat Meriah....???

Keputusan : Pasukan Mars Johan Keseluruhan

Tuesday, February 19, 2008

Kuartet SMKJKA Muncul Juara

Tarikh : 19 Feb. 2008
Tempat : SM Tinggi Batu Pahat

Atlet SMKJKA telah bertandang ke padang SM Tinggi Batu Pahat
bagi menyertai Acara Jemputan 4x100 meter (Lelaki) sempena
Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-64. Keputusan penuh seperti berikut;

Johan : SMK Jalan Kolam Air (48.04 s)
Naib Johan : SMK Munshi Sulaiman
Ketiga : SMK Dato Bentara Luar