free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, January 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Unit Sukan SMKDSE dan Para Jurulatih Sukan Permainan

mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
kepada semua kaum Tionghua,
khususnya guru dan staf
serta para atlet/pelajar SMKDSE.

Semoga perayaan tahun arnab 2011
dapat memberi kesejahteraan serta keberuntungan
buat diri serta kehidupan harian anda sekeluarga.

GONG XI FA CAI

KEJAYAAN PERTAMA PEMBUKA TIRAI SUKAN PERMAINAN MSSD 2011

SMK Dato' Syed Esa telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Pertandingan Kriket Lelaki B18 Tahun MSSD Batu Pahat 2011. Walaupun pada awalnya sukan kriket adalah kategori School Base, namun telah digugurkan di saat-saat akhir, bagai satu rahmat untuk pasukan SMKDSE bersiap sedia dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Pasukan yang 50% pemain baharu dan separuh lagi pemain berpengalaman, menjadikan satu pengalaman mencabar bagi semua pemain. Namun berkat kesungguhan serta komitmen jurulatih serta para pemain, satu pasukan impian (dream team) telah berjaya dibentuk.

Taniah dan Syabas kepada para pemain!!!!!!!........... yang telah;

1) menewaskan juara lima tahun berturut-turut SMK Dato' Onn

2) menundukkan pasukan elit SMK Semerah

3) berupaya menandingi pasukan yang terdiri pemain kriket bertaraf kebangsaan

4) memenangi kesemua perlawanan dengan bergaya

5) menjuarai "Piala Tn. Haji Fauzan Sukimi" (Piala Pusingan Kriket Edisi 1)

6) Muhammad Hazim Hamidon memenangi Trofi Pembaling Terbaik MSSD

7) menyahut cabaran jurulatih dan Pengetua

mereka yang saya nyatakan terdiri daripada anak "kandung SMKDSE"

- Fareez Mustakim Abdullah (5SA)
- Naharul Azri Johar (5SA)
- Muhamad Huzairin Mokhtar (5SA)
- Muhammad Haris Md Hasbullah (5SA)
- Muhammad Izzuddin Mohd Zan (5SA)
- Zulfikha Senin (5SA)
-Mohamad Atiq Ibrahim (4PA1)
- Muhamed Taufiq Qurib (4ST1)
- Muhammad Hazim Hamidon - (4SA)
- Abdul Malik Faisal Ahmadi (3KAA1)
- Mohamad Adib Aizat Zailani (3KAA2)
- Mohamad Zhairul Faris Jumari (3KAA1)
- Mohammad Amirul Shafiq Sahak (2KAA1)
- Mohammad Azhar M Yasin (2KAA2)

Jurulatih Kriket SMKDSE

Sunday, January 30, 2011

FORMAT PERMAINAN KATEGORI SCHOOL BASE BAGI TAHUN 2011

Format School Base bermaksud sukan permainan tersebut TIDAK dipertandingkan di peringkat MSSD (daerah). Pihak sekolah atau ibu bapa boleh menghantar pelajar/anak jagaan (atlet sukan) terus menyertai pertandingan di peringkat MSS Negeri Johor.

Berikut adalah senarai sukan permainan format School Base dan tarikh pertandingan peringkat MSSNJ;

(1) Skuasy (11-13 Feb. 2011 - Kulaijaya)

(2) Perahu Layar (19-20 Feb. 2011 - Pasir Gudang)

(3) Golf (17-19 Feb. 2011 - Pontian)

(4) Gimnastik (25-27 Feb. 2011 - Pengerang)

(5) Gimrama (25-27 Feb. 2011 - Pengerang)

(6) Akuatik (17-20 Feb. 2011 - Johor Bahru)

(7) Tempin Boling (29-30 Mac 2011 - Kulaijaya)

(8) Tenis (8-10 Apr. 2011 - Segamat)

(9) Memanah (6-8 Mei 2011 - Kota Tinggi)

TAKWIM SUKAN PERMAINAN MSSD JAN-FEB 2011

28 -29 Jan. 2011 - Kriket L B18 (SMK DSyed Esa)

28-29 Jan. 2011 - Skuasy : School Base (SMK Tinggi BP)

8 Feb. 2011 - Golf : School Base (SMK DOJ)

9-10 Feb. 2011 - Ping Pong (SMK YPeng)

10 Feb. 2011 - Merentas Desa 2011 (SMK SMedan)

15 Feb. 2011 - Akuatik : School Base (Urusetia MSSD)

16-17 Feb. 2011 - Gimnastik : School Base (SMK DSulaiman)

16-17 Feb. 2011 - Gimrama : School Base (SMK DSyed Esa)



Rujukan Takwim Sukan & Permainan MSSD Batu Pahat 2011

Kejohanan Sukan SMKDSE kali ke-35 Tahun 2011 DITANGGUHKAN.

Atas pekeliling yang dikeluarkan, 1 Pelajar 1 Sukan, Kejohanan Olahraga - Padang dan Balapan SMKDSE kali ke-35 bagi tahun 2011 ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehubungan dengan itu, arahan bagi latihan kawad kaki bertujuan untuk upacara perbarisan kejohanan dihentikan serta merta.

Saturday, January 29, 2011

Syabas & Taniah kepada barisan jawatankuasa pengelola pertandingan kriket MSSD Batu Pahat

Pihak pentadbiran & Unit Sukan SMKDSE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan penganjuran tersebut. Segala pengurusan pertandingan telah berjalan lancar dan mendapat pujian dari pengurus pasukan, para pengadil sserta peserta.

Satu Sekolah Satu Impian.

Pasukan Kriket Lelaki B18 TH. SMKDSE Johan MSSD


Johan
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Dato' Syed Esa

Naib Johan
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Semerah

Ketiga
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Tun Ismail

Johan bersalaman dengan Naib Johan.
Adat permainan. Kalah atau menang, rakan tetap rakan.

Kegembiraan di atas kejayaan masing-masing.


Johan bersama hadiah masing-masing merakamkan detik kegembiraan bersama pentadbir SMK Dato Syed Esa.

Barisan urusetia yang taat nan setia

Tarikh : 27 - 28 Jan. 2011
Tempat : Padang SMKDSE
Penyertaan : 6 Pasukan

Keputusan :
Johan - SMK Dato' Syed Esa
Naib Johan - SMK Semerah
Ketiga - SMK Tun Ismail
Keempat - SMK Dato' Onn

Thursday, January 6, 2011

MESYUARAT RUMAH SUKAN SMKDSE 2011

Tarikh : 7 Jan. 2011
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi (sesi pagi)/4.30 ptg. (sesi petang)
Kehadiran : Diwajibkan kepada semua guru dan pelajar

Lokasi Dicadangkan:
Rumah Bendahara (Ungu) - Dewan Budiman (Bhg. hadapan pentas)
Rumah Bentara (Jingga) - Dewan Budiman (Bhg. belakang pentas)
Rumah Laksamana (Biru) - Kantin sekolah
Rumah Panglima (Merah) - PSS
Rumah Hulubalang (Hijau) - Makmal Biologi
Rumah Temenggung (Kuning) - Dewan makan asrama