free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, January 30, 2011

Kejohanan Sukan SMKDSE kali ke-35 Tahun 2011 DITANGGUHKAN.

Atas pekeliling yang dikeluarkan, 1 Pelajar 1 Sukan, Kejohanan Olahraga - Padang dan Balapan SMKDSE kali ke-35 bagi tahun 2011 ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehubungan dengan itu, arahan bagi latihan kawad kaki bertujuan untuk upacara perbarisan kejohanan dihentikan serta merta.

Saturday, January 29, 2011

Syabas & Taniah kepada barisan jawatankuasa pengelola pertandingan kriket MSSD Batu Pahat

Pihak pentadbiran & Unit Sukan SMKDSE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan penganjuran tersebut. Segala pengurusan pertandingan telah berjalan lancar dan mendapat pujian dari pengurus pasukan, para pengadil sserta peserta.

Satu Sekolah Satu Impian.

Pasukan Kriket Lelaki B18 TH. SMKDSE Johan MSSD


Johan
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Dato' Syed Esa

Naib Johan
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Semerah

Ketiga
Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat 2011
SMK Tun Ismail

Johan bersalaman dengan Naib Johan.
Adat permainan. Kalah atau menang, rakan tetap rakan.

Kegembiraan di atas kejayaan masing-masing.


Johan bersama hadiah masing-masing merakamkan detik kegembiraan bersama pentadbir SMK Dato Syed Esa.

Barisan urusetia yang taat nan setia

Tarikh : 27 - 28 Jan. 2011
Tempat : Padang SMKDSE
Penyertaan : 6 Pasukan

Keputusan :
Johan - SMK Dato' Syed Esa
Naib Johan - SMK Semerah
Ketiga - SMK Tun Ismail
Keempat - SMK Dato' Onn

Thursday, January 6, 2011

MESYUARAT RUMAH SUKAN SMKDSE 2011

Tarikh : 7 Jan. 2011
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi (sesi pagi)/4.30 ptg. (sesi petang)
Kehadiran : Diwajibkan kepada semua guru dan pelajar

Lokasi Dicadangkan:
Rumah Bendahara (Ungu) - Dewan Budiman (Bhg. hadapan pentas)
Rumah Bentara (Jingga) - Dewan Budiman (Bhg. belakang pentas)
Rumah Laksamana (Biru) - Kantin sekolah
Rumah Panglima (Merah) - PSS
Rumah Hulubalang (Hijau) - Makmal Biologi
Rumah Temenggung (Kuning) - Dewan makan asrama

Friday, December 31, 2010

SEALAMAT TAHUN BARU

Unit sukan SMKDSE
merakamkan ucapan selamat menyambut tahun 2011 kepada semua guru, staf, para atlet dan semua pelajar. Semoga tahun ini pencapaian sukan permainan SMKDSE akan lebih gemilang.
"Majulah sukan untuk SMKDSE"

Thursday, December 16, 2010

Monday, December 6, 2010

Latihan Balapan dan Padang Atlet SMKDSE telah bermula

Semua atlet dijemput menyertai aktiviti latihan mengikut ketetapan berikut;

Isnin (7.30 hingga 10.00 pagi)
Rabu (7.30 hingga 10.00 pagi)
Jumaat (7.30 hingga 10.00 pagi)

Tempat : padang SMKDSE

Sunday, December 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1432 HIJRAH

Selamat menyambut
TAHUN BARU HIJRAH 1432
diucapkan kepada semua guru, staf dan pelajar
SMKDSE yang beragama Islam.