free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, July 5, 2010

Pasukan Bola Baling Lelaki Bwh. 15 Th. SMKDSE Johan MSSD Batu Pahat

Tarikh : 30 Jun hingga 1 Julai 2010
Hari : Khamis - Jumaat
Tempat : SMK Penghulu Saad, Batu Pahat

Johan Lelaki Bawah 15 Tahun

Senarai Pemain : Muhamad Haziq Zamani (Ketua pasukan), Mohmad Zhairul Faris Jumari, Muhammad Hilmi Hashim, Mohamad Adib Aizat Zailani, Muhammad Ramdan Mohd Mastor, Muhamed Taufiq Qurib, Muhammad Khairul Syamim Hamid, Muhamad Rusyid Mustapa, Zulfakar Mohd Salleh, Muhammad Aiman Syakir Mohd Yusof, Muhd Ezuan Saipon dan Muhd Akmal Ariff Soulihin.

Anugerah Penjaring Terbanyak - Muhamad Haziq Zamani

Friday, June 25, 2010

PROGRAM SINAR GEMILANG 2010

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 pg. - 1.00 ptg.

Program ini adalah gabungan Hari Keusahawanan, Hari Terbuka dan
Penutupan Minggu Koperasi Sekolah

Kelab Kriket turut mengambil bahagian membuka gerai jualan.
Jangan lupa untuk singgah dan membeli sebagai
tanda sokongan anda kepada kelab ini.

Tn. Hj. Fauzan pun mengambil peluang berbelanja di gerai Kelab Kriket

Tn. Hj. Mohd Ta'at sedang berurusan di pusat penjualan kupon

Pemandangan sekitar gerai kelab Olahraga dan kelab Bola Tampar

yang berniaga semuanya atlet berkaliber........

Thursday, June 24, 2010

Pertandingan Bola Baling Bwh. 15 Tahun MSSMD Batu Pahat

Tarikh : 30 Jun hingga 1 Julai 2010
Tempat : SMK Penghulu Saad, Batu Pahat

Pemilihan untuk pasukan lelaki & perempuan SMKDSE akan di adakan pada 23 dan 24 Jun 2010 pukul 5.00 ptg. bertempat di padang SMKDSE.

Sesiapa yang berminat dijemput hadir.

Monday, June 21, 2010

ATLET SMKDSE GEMILANG DI SUKMA 2010

Bertempat di negeri Melaka sebagai pentas pertarungan JAGUH MALAYSIA, atlet SMKDSE tidak ketinggalan menabur bakti untuk daerah dan negeri Johor.

Kehebatan atlet dibuktikan dengan menyumbangkan koleksi pingat untuk kontinjen Johor iaitu;

KELLY TAN - Sukan Golf (kategori Individu & Berpasukan) :
PINGAT EMAS

ONG ZHENG SHEN - Sukan Menembak (25 m Standart Pistol Berpasukan) :
PINGAT GANGSA

KEJAYAAN ATLET SMKDSE MENJULANG NAMA DAERAH BATU PAHAT DI PERINGKAT KEBANGSAAN


Stadium Larkin menjadi arena pertarungan atlet Balapan dan Padang MSSM dari 18 hingga 25 Mei 2010. Namun bila tirai dilabuh kontinjen Negeri Johor hanya mampu memduduki Naib Johan di belakang Sarawak.

Atlet SMKDSE tidak ketinggalan menyumbang pingat untuk Negeri Johor

Pua Ling Ting - acara 5 km Jalan Kaki (EMAS)
Pua Ling En - acara 3 km Jalan Kaki (PERAK)
Candy Tan - acara 4x100m & 4x400m (EMAS)
Wendy Low - acara 4x400m (EMAS)

Saturday, June 19, 2010

JUARA SUKMA 2010

TERENGGANU JOHAN KESELURUHAN

Gah ... negeri pantai timur mempertahankan kejuaraannya berturut-turut, satu contoh semangat dan usaha yang boleh dijadikan contoh serta model kepada pasukan sukan permainan SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat.
TAHNIAH kepada kontinjen negeri Terengganu.

Thursday, June 17, 2010

PENGANJURAN SUKMA 2010



Kepada atlet SMKDSE yang terpilih mewakili negeri Johor kami ucapkan,

"SELAMAT BERJUANG"

Taniah Di atas Pelancaran Blog Sains Sukan SMKDSE

TAHNIAH

Pihak pentadbiran mengucapkan syabas di atas pelancaran Blog Sains Sukan SMKDSE, semoga terus menjana info terkini dan menyalur pengetahuan kepada para pelawat/bloger.