free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, February 26, 2008

TAhniah kepada Ratu Golf SMKJKA

Kelly Tan sekali lagi telah mencipta kejayaan apabila telah menjadi juara
pada kejohanan golf MSSM Negeri Johor yang diadakan di Kukup Golf Club,
dan akan terbang ke Sarawak bagi menyertai kejohanan MSSM
mewakili negeri Johor. Pencapaian seterusnya beliau turut
menyandang juara pada kejohanan Golf Sukan Jemputan Danga Bay 2008.

Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Batu Pahat Kali ke-41 Tahun 2008

Kontinjen Olahraga SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat sedang
giat membuat latihan pusat bagi menyertai kejohanan
tersebut yang akan dijalankan sperti butiran berikut :
Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2008
Hari : Isnin hingga Khamis (4 hari)
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat

Sunday, February 24, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKJKA Ke-34 Tahun 2008

Tarikh : 21 Feb. 2008
Hari : Khamis

Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi Pengetua SMKJKA sedang menyampaikan ucapan.


Sambutan secara sederhana tetapi Sangat Meriah....???

Keputusan : Pasukan Mars Johan Keseluruhan

Tuesday, February 19, 2008

Kuartet SMKJKA Muncul Juara

Tarikh : 19 Feb. 2008
Tempat : SM Tinggi Batu Pahat

Atlet SMKJKA telah bertandang ke padang SM Tinggi Batu Pahat
bagi menyertai Acara Jemputan 4x100 meter (Lelaki) sempena
Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-64. Keputusan penuh seperti berikut;

Johan : SMK Jalan Kolam Air (48.04 s)
Naib Johan : SMK Munshi Sulaiman
Ketiga : SMK Dato Bentara Luar

Thursday, February 14, 2008

Laporan Sukan Kecil 2008

Tarikh : 14 Feb. 2008
Hari : Khamis (hari kedua)

Beberapa rekod baru dicipta.... pastikan anda mengikuti beritanya.

Tuesday, February 12, 2008

Sukan Kecil Kejohanan Olahraga SMKJKA Ke-34 Tahun 2008

Tarikh : 13 hingga 15 Feb. 2008
Hari : Rabu hingga Jumaat
Tempat : Padang SMKJKA, Batu Pahat

Semua pihak telah bersiap sedia bagi menjalankan Sukan Kecil,
para pegawai telah diberi taklimat oleh GPK Kokurikulum,
Tn. Hj. Mohd Ta'at Kasran pada 12 Feb. 2008.
Persiapan yang rapi telah dibuat, namun disat-saat akhir,
terdapat juga perubahan jadual acara yang perlu diubah suai
bagi memastikan acara Sukan Kecil berjalan dngan lancar.

Saturday, February 9, 2008

Keputusan Sukantara SMKJKA 2008


Kedudukan Mata Keseluruhan

Johan Neptun [ 602 ]

Naib Johan Venus [ 594 ]

Ketiga Mars [ 567 ]

Keempat Mercury [ 519 ]

Tuesday, February 5, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

" GONG XI FA CHAI"
Selamat menyambut tahun baru kepada semua guru
dan para pelajar SMKJKA berketurunan cina
semoga tahun tikus (2008) membawa keberkatan,
dipanjangkan umur dan keberuntungan.